fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Hyun Bin Berkongsi Keterujaan Menjadi Bapa
10 Atlet Lelaki Di Olimpik Paris 2024 Patut Anda Kenali
Chris Evans Dinobat Lelaki Paling Seksi 2022
Istana Buckingham Rombak Tugasan Ratu Elizabeth II Secara Rasmi
GLAM Skop: Kuasa Nepotisme Dalam Pasaran Mewah

5 Selebriti Yang Menjadi Mangsa Seksisme Di Hollywood

5 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Emmy Rossum

Foto: Richard Shotwell/Invision/AP

Emmy memberitahu The Hollywood Reporter pada Jun 2017 bahawa dia menerima satu panggilan daripada ejennya yang menawarkan satu peranan dalam filem besar.

“Saya berasa malu untuk memberitahu hal ini tetapi kamu ditawarkan satu watak dalam filem. Mereka menyukai hasil kerja kamu namun pengarah mahu kamu hadir ke pejabatnya memakai bikini. Tiada uji bakat. Itu sahaja yang kamu perlu lakukan,” kata ejennya.

Alasannya adalah kerana pengarah ingin melihat sama ada tubuhnya sesuai atau tidak untuk peranan tersebut. Emmy membayangkan, sudah tentu akan ada babak berbikini dalam filem itu. Hakikatnya, tiada.

Dia mengimbas kembali momen itu, “Kata mereka, ‘kami suka hasil kerja kamu, tapi kami mahu lihat punggung kamu cukup seksi atau tidak,’” dia mengajuk.

“Helo, adakah anda sedang berjenaka? Setahu saya, saya bukannya seorang model!” katanya.

5 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse