fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Nikmati Rasa Malaysia Asli di 6 Restoran Mewah Pilihan GLAM
5 Filem Fesyen Ikonik Sepanjang Zaman
Kenali Jelitawan Dalam K-Drama Twenty Five Twenty One, Kim Tae Ri
Sedekad di Malaysia, Nespresso Raikan Aidilfitri bersama ‘With Love’
Foto Pertama Ranbir Kapoor & Alia Bhatt Sebagai Suami Isteri

5 Perceraian Penuh Skandal Di Hollywood

2 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Johnny Depp & Amber Heard

Sewaktu Amber meninggalkan Johnny pada musim panas 2016, dia mendakwa pelakon Pirates of the Caribbean itu melempar telefon bimbit ke arahnya. Tidak lama kemudian muncul perintah larangan, dakwaan peras ugut, perbalahan mengenai kewangan dan sebagainya.

Bertahun kemudian, dokumen mahkamah mendedahkan Johnny turut membuat dakwaan atas kes penderaan, menuduh bintang Aquaman itu menumbuk wajahnya ketika mabuk dan mencederakan jarinya dengan botol.

Lebih teruk, pembantu rumah mereka memberi keterangan berserta bukti bahawa Amber melakukan gurauan jijik dengan membuang air besar di katil Johnny.

Ramai berpihak kepada Amber sehinggalah satu rakaman audio antara pasangan ini tersebar pada awal tahun 2020. Menerusi perbualan tersebut, Amber terang-terangan mengaku melakukan keganasan terhadap Johnny malah mengatakan tiada siapa akan mempercayai jika dia mendedahkan perkara ini kepada umum. Mereka sah bercerai pada 2017.

Kini pasangan itu kembali ke mahkamah atas perbicaraan kes saman fitnah RM215 juta atas pendedahan palsu yang ditulis Amber mengenai Johnny dalam Washington Post pada 2018.

Foto: Getty Images

2 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse