10 Filem Terbaik Lakonan Jared Leto - Glam Malaysia
10 Filem Terbaik Lakonan Jared Leto

10 Filem Terbaik Lakonan Jared Leto

Sejak tahun 90-an, Jared Leto mencipta nama dalam bidang filemografi dengan membawakan pelbagai watak mencabar.

Memulakan kerjaya dalam bidang lakonan menerusi siri TV My So-Called Life (1994), Jared Leto membuat kemunculan pertama di layar perak dalam filem How To Make an American Quilt pada 1995.

Dia meraih pujian hebat daripada peminat dan pengkritik filem menerusi filem Prefontaine (1997). Sejak itu dia telah membintangi pelbagai karya terkenal seperti Fight Club, Panic Room dan Blade Runner 2049.

Glam senaraikan 10 filem hebat Jared Leto yang wajib anda tonton

 

10. CHAPTER 27 (2007)

Leto

Foto: Peace Arch Entertainment

Leto mengalami perubahan fizikal paling dramatik untuk peranannya dalam filem ini sebagai Mark Chapman. Dia menambah 30 kilogram berat badan untuk menggalas watak pembunuh vokalis The Beatles, John Lennon. Dalam filem tersebut, Leto berjaya membuatkan penonton memahami dengan baik siapa Mark Chapman yang sebenar dengan lakonannya yang menjadi. Namun malangnya, dia menderita gout disebabkan kenaikan berat badan melampau.

See also
Pengalaman Putera William Bergelut Dengan Kesihatan Mental

 

9. SUICIDE SQUAD (2016)

leto

Foto: IMDb/Warner Bros

Dia memberikan sentuhan unik ke dalam wataknya sebagai penjahat DC Comics ikonik ini. Lakonannya yang luar biasa sebagai Joker mendapat reaksi berbeza daripada peminat dan pengkritik. Namun untuk bersikap adil, dia hanya tampil beberapa saat di dalam filem ini, jadi agak sukar untuk memberi penilaian sebenar terhadap lakonannya.

 

8. URBAN LEGEND (1998)

leto

Foto: Sony

Leto tidak terlepas daripada kegilaan filem slasher pada lewat tahun 90-an. Dalam filem ini, dia menjadi ketua kepada sekumpulan anak muda (Joshua Jackson, Rebecca Gayheart, dan Tara Reid) yang menjadi mangsa keganasan si penjahat. Melalui filem ini, dia mula mendapat tawaran hebat daripada pembikin filem tersohor.

 

7. GIRL, INTERRUPTED (1999)

leto

Foto: Columbia Pictures

Setahun selepas Urban Legend, Leto ditawarkan watak jejaka penyayang iaitu bekas teman lelaki Susanna (Winona Ryder). Toby (Leto) cuba meyakinkan Susanna untuk lari bersama ke Kanada, namun dia menolak dan terus menetap di hospital mental.

 

6. FIGHT CLUB (1999)

leto

Foto: 20th Century Fox/Fight Club

Satu lagi peranan kecil namun meninggalkan kesan di hati penonton. Dalam klasik David Fincher ini, Leto membawa watak sebagai ahli kelab pertarungan yang dipukul dengan begitu teruk sehingga wajahnya menjadi cacat. Leto ditawarkan peranan yang jauh lebih besar dalam filem Fincher tiga tahun kemudian.

See also
4 Drama Terbaik Lee Jung Jae, Aktor Squid Game

 

5. PREFONTAINE (1997)

leto

Foto: Buena Vista Pictures

Ini merupakan kali pertama Leto ditawarkan peranan utama. Dia berlakon sebagai pelari jarak jauh, Steve Prefontaine, salah seorang yang bertanggungjawab membantu pelancaran running boom pada tahun 70-an sebelum kematiannya pada usia 24 tahun. Ini adalah contoh pertama di mana Leto membuktikan dia bukan sekadar berwajah kacak, malah mampu mempamerkan persona atlet Prefontaine di litar larian dengan cukup baik.

 

4. THE LITTLE THINGS (2021)

leto

Foto: Nicola Goode/Warner Bros

Peranan Leto di dalam filem ini pasti membuat anda terpana. Memegang watak sebagai suspek utama pembunuhan bersiri bernama Albert Sparma, dia mencuri tumpuan dengan penampilan rambut panjang berminyak dan ekpsresi wajah mengerikan. Malah pengkritik mengatakan, lakonan Leto yang menyelamatkan filem ini walaupun ia turut dibintangi oleh pelakon hebat lain seperti Denzel Washington dan Rami Malek.

 

3. PANIC ROOM (2002)

leto

Foto: Sony

Selepas lakonan hebatnya dalam Fight Club, dia ditawarkan watak penjahat dalam filem David Fincher yang seterusnya. Dalam filem ini Leto, Forest Whitaker dan Dwight Yoakam memainkan watak sebagai perompak yang memecah masuk ke dalam kediaman milik Jodie Foster dan anaknya, Kristen Stewart untuk mencuri sesuatu yang sangat berharga.

See also
Eksplorasi Dunia Kempen Gucci Melalui Pameran Gucci Garden Archetypes

 

2. DALLAS BUYERS CLUB (2013)

leto

Foto: Focus Features/Dallas Buyers Club

Dia memenangi anugerah Oscar kerana peranannya sebagai pondan yang menghidapi HIV. Dalam filem ini, Leto menjadi rakan baik kepada watak utama, Ron yang dilakonkan oleh Matthew McConaughey. Namun ini bukanlah peranan terbaiknya dalam filem.

 

1. REQUIEM FOR A DREAM (2000)

leto

Foto: Artisan Entertainment/Requiem for a Dream

Leto memainkan watak sebagai seorang lelaki dari Pulau Coney yang bergelut dengan ketagihan heroin yang tidak terkawal. Akibatnya, dia bukan sahaja kehilangan teman wanita (Jennifer Connelly) malah juga lengannya. Leto mempamerkan mutu lakonan yang luar biasa di dalam filem ini, membuatkan namanya mencanak naik di persada seni.

 

Foto: Getty Images

Baca: 5 Filem Terbaik Dian Sastrowardoyo, Bintang Gadis Kretek