Who Wore It Better: Cara Atau Bella?

Cara Delevigne terkenal dengan pilihan fesyennya yang esentrik dan bold. Bella Hadid pula seorang gadis trendsetter millenial. Jadi apabila mereka berdua menggayakan busana yang sama, GLAM sukar memilih mana satu gadis fesyen yang lebih menawan!
Buat tayangan perdana filem terbaharunya, Valerian and the City of a Thousand Planets di Paris, beliau menggayakan gaun maxi rekaan couture oleh Alexandre Vauthier. Mungkin anda pernah lihat busana ini diperagakan oleh seorang jelitawan beberapa minggu lalu? Hal ini kerana Bella Hadid mengenakan gaun yang sama di pentas peragaan pada awal bulan ini, semasa acara Alexandre Vauthier Haute Couture Fall 2017!
Dress maxi berona metalik ini mempunyai neckline yang daring tetapi seksi, kerana ianya sungguh rendah! Pergelangan panjangnya dihiasi kristal Swarovski, sekali gus memberi rasa kemewahan tanpa batasan! Ia mempunyai tali baldu bewarna hitam di bahagian pinggang — dan potongan tepi setinggi peha.
Cara menggayakan gaun ekslusif ini bersama sepatu suede berbentuk d’Orsay bertali di buku lali. Model Britain ini juga melengkapkan look itu bersama klac tangan nude dan gincu merah saga.
Bella pula memberi nafas yang lebih ringkas kepada stailnya — sepasang stiletto hitam di samping dandanan rambut bersahaja.
Siapa lebih stailish tatkala menggayakan busana bernada kemewahan ini? Cara atau Bella?
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
