Urban Revivo Kini Mendarat Di Pavilion Kuala Lumpur - Glam Malaysia

Urban Revivo Kini Mendarat Di Pavilion Kuala Lumpur

Berita gembira buat penggemar fesyen, pelopor dalam fesyen mewah pantas dari China kini bakal melancarkan pembukaan butik utamanya di Pavilion Kuala Lumpur!

Label pakaian global URBAN REVIVO (UR) telah mengumumkan pembukaan butik utamanya dengan pelancaran yang amat dinanti-nantikan. Bertempat di Pavilion Kuala Lumpur, UR bersedia untuk merevolusikan senario fesyen di Malaysia yang bakal dilancarkan pada 9 Julai 2024 ini. Pengembangan UR ke Malaysia menggariskan visinya untuk membawa fesyen yang berkualiti tinggi supaya boleh diakses lebih ramai dari pelbagai pelosok negara. Selain itu, ia juga merupakan strategi penting dalam mengibarkan sayap buat global UR yang bercita-cita tinggi.

Urban Revivo, Revolusi Fesyen Mewah Pantas Terkini

Butik utama Urban Revivo (UR) yang terletak di tingkat empat Pavilion KL ini menjanjikan pengalaman membeli-belah yang tiada tandingan. Label pakaian UR amat komited terhadap kecemerlangan dan inovasi akan gaya hidup fesyen bandar. Pelanggan boleh meneroka himpunan pakaian wanita yang merangkumi sehingga lapan siri serta himpunan pakaian lelaki dengan lima siri, kesemuanya dengan yang gaya berbeza. Di samping itu, pelbagai aksesori fesyen yang boleh menjadi pilihan hati buat para pengunjung yang hadir menyinggah ke butik terbaharu ini.

See also
Sebab Sebenar Puteri Diana Sering Menggunakan Clutch Sebagai Aksesori

“Bold Fashion, Sensory Thrills” menjadi falfasah buat jenama UR yang berdedikasi dalam mentakrifkan semula industri fesyen pantas dengan pendekatan inovatifnya terhadap seni kreativiti dan fesyen. Lebih 400 butik di seluruh dunia termasuk China, Singapura, Thailand, Filipina dan kini di Malaysia, serta rangkaian jualan dalam talian sehingga ke Eropah, Amerika Utara dan pasaran antarabangsa yang lain. Ia menawarkan pelbagai rangkaian produk fesyen bandar, antarabangsa, avant-garde yang komited terhadap kualiti dan kemampanan.

UR bercita-cita untuk menerajui trend global dan meningkatkan cita rasa estetika dengan menggabungkan kreativiti artistik. Butik utama itu menawarkan konsep reka bentuk yang unik, menampilkan rona oker yang hangat dan elegan di samping aliran lengkung yang menawan. Lantas, menyuntik pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan dan bertenaga. Koleksi-koleksinya juga memenuhi pelbagai gaya, daripada gerobok pakaian dalam trend sehingga lah pakaian kasual dan staples bandar.

Artikel Berkaitan: Pembukaan Butik Perdana Roger Dubuis Di Pavilion Kuala Lumpur


Community Verified icon