fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Met Gala 2021: Gaya Karpet Merah Americana Terbaik!
Pengarah Artistik Wanita Pertama Dior Menawan Hati Dunia Fesyen Sekali Lagi
Petak dan Persona: Seluar ‘Checked’ Merantau Masa
GLAM It Girl: Julia Ariana
Koleksi Prada SS27 Menswear Mengolah Semula Asas Fesyen Lelaki

Terapan Elemen Minimal Dan Kebebasan Melalui Koleksi Musim Bunga/Panas ’18 Emporio Armani

Sentiasa berusaha mengekalkan inti pati  prinsip Emporio Armani, koleksi musim Bunga/Panas 2018 mereka menampilkan ceraian-ceraian yang melambangkan kebebasan yang hanya boleh dikecapi melalui visi unik rumah fesyen ini.

 

Setiap satu ceraian memberikan rupa kontemporari dengan menggunakan volume dan rona-rona tepu yang serasi dengan musim Bunga/Panas di serata dunia. Antara ceraian utama yang menjadi pilihan adalah seleksi windbreakers, kot dusters, dress dan pelbagai lagi yang boleh dipadankan dengan elemen kesukaan anda sendiri. Koleksi ini juga meraikan pelbagai aspek fesyen feminin yang mementingkan ketelusan pada diri sendiri.

 

Koleksi musim Bunga/Panas Emporio Armani 2018 ini juga mengalakkan golongan wanita untuk menyelami diri mereka serta mengenali setiap pelosok personaliti mereka tanpa perlu merasa segan terhadap pendapat dan standard yang dikenakan kepada mereka oleh dunia.

 

Mesej utama koleksi ini: Playing with fashion, without forsaking beauty. Klik seterusnya.

2 of 12
Use your ← → (arrow) keys to browse

2 of 12
Use your ← → (arrow) keys to browse