Taylor Swift Dan Stella McCartney Lancarkan Kolaborasi Fesyen Untuk ‘Lover’
Penyanyi pop terkemuka, Taylor Swift baru saja melancarkan album studionya yang terbaru iaitu Lover. Berikutan dengan itu, Taylor turut bekerjasama dalam satu usahasama fesyen bersama pereka terkenal Stella McCartney dalam mengeluarkan koleksi kapsul 'Lover'yang baru saja diumumkan di akaun Instagram masing-masing.

Di akaun Instagram Taylor, pautan dan cara untuk memesan koleksi ini turut disertakan termasuk katalognya. Diinspirasi dari album 'Lover', koleksi kasual untuk lelaki mahupun wanita (unisek) ini dihiasi corak pelangi serta graviti dengan warna pastel yang menawan.
Menerusi sumber dari Vogue, usahasama ini terjadi apabila mereka berdua berjalan-jalan di kotaraya London sewaktu konsert jelajahnya. “Ketika saya menghabiskan waktu di London, Stella dan saya bersiar-siar sambil meminum koktail, dan berbicara tentang kehidupan. Saya menulis namanya di dalam salah satu lagu, dan ketika saya memainkannya, saya berkata pada Stella, 'Haruskah kita melakukan sesuatu?' "ujar Swift.
Sekilas pandang akan koleksinya mirip dengan filter foto di Instagram Taylor yang menawarkan item-item seperti topi, jaket, sweater, kemeja T, beg dan banyak lagi. Selain itu, seluruh koleksi juga beridentitikan Stella McCartney yakni tidak menggunakan produk bulu atau kulit binatang.
Jom kita lihat kesemua koleksi Taylor Swift X Stella McCartney yang disediakan.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Kesihatan Masa kini Bersama Jam Tangan Samsung Galaxy
Jun 15, 2026
Cool-Toned Makeup: Trend Solekan Yang Perlu Anda Cuba
Jun 12, 2026
Mengintai Malam YSL Beauty Block Party di Bukit Bintang
Jun 12, 2026
Pencinta Gaya Feminin, Ini Helaian Klasik Yang Perlu Ada
Jun 12, 2026
Kelebihan Sauna Yang Membantu Buang Sel Kulit Mati
Jun 12, 2026
Sisi Mewah Longines La Dolce Vita
Jun 12, 2026
10 Pemain Paling Kacak FIFA World Cup 2026 Pilihan GLAM
Jun 11, 2026

