Tampilan Gaya Selebriti Di Acara Karpet Merah MTV VMA 2025
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioDaripada Sabrina Carpenter yang memadukan busana dari Valention hingga ke Lady Gaga di dalam persalinan Marc Jacobs, GLAM himpunkan gaya selebriti di Anugerah MTV MVA 2025.
MTV Video Music Awards 2025 kembali menyinari pentas budaya pop dengan gemerlapan yang sukar ditandingi. Jika anugerah Grammy dianggap serius dan Oscar begitu berprestij, maka VMAs adalah medan eksentrik di mana muzik, fesyen dan drama bersatu dalam satu pesta visual. Acara karpet merah ini sudah lama menjadi ruang yang melahirkan momen-momen ikonik. Dari gaun daging Lady Gaga yang menggoncang imaginasi, topi bulu merah jambu Pamela Anderson, hingga jumpsuit berkulit kerang milik Lil’ Kim. Namun, tahun ini, sekali lagi para bintang hadir dengan tampilan pelbagai gaya dengan himpunan busana masing-masing.
Di barisan calon, Lady Gaga tampil sebagai permaisuri dengan 12 pencalonan, menandakan dominasi yang tidak goyah lebih sedekad. Mengekorinya rapat, Bruno Mars dengan 11 pencalonan, sementara nama-nama besar seperti Sabrina Carpenter, Rosé, Katseye dan Tate McRae bersiap sedia membawa bukan sahaja persembahan muzik yang menggetarkan, tetapi juga gaya yang akan terpahat dalam sejarah fesyen. VMAs menjadi salah satu red carpet dalam kalendar selebriti, justeru ia membuka ruang untuk percubaan paling berani dan kadangkala kontroversial.
Ketika lampu neon menyinari Madison Square Garden dan sorakan penonton memenuhi ruang, apa yang menanti bukan sekadar senarai pemenang. VMAs adalah perayaan keberanian buat para pemuzik, di mana pakaian menjadi perisai dan pentas menjadi altar. Setiap langkah di acara penuh gemilang ini bukan sekadar paparan gaya, tetapi deklarasi identiti. Dari kilauan couture hingga keberanian streetwear, dunia menunggu untuk melihat siapa yang bakal mencipta momen fesyen setanding legenda. Doja Cat membuka tirai dengan gaun mini Balmain berinspirasi harlequin yang bersinar bersama permata Chopard, manakala Sabrina Carpenter memancarkan kehalusan busana dari Valentino. Ariana Grande pula tampil dalam siluet Fendi yang licin dengan perincian barang kemas dari Swarovski dan Ciara memilih dramatik Schiaparelli. Dalam pada itu, Lady Gaga sekali lagi mencuri pentas fesyen, hadir berbusana Marc Jacobs koleksi Musim Luruh/Musim Sejuk 2025, penampilan yang mengukuhkan statusnya sebagai ikon gaya sepanjang zaman.
Himpunan Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah MTV VMA 2025
1. Sabrina Carpenter

2. Lady Gaga

3. Ariana Grande

4. Doja Cat

5. Tyla

6. Conan Gray

7. Katseye

8. Rosé

9. Tate McRae

10. Ice Spice

Artikel berkaitan: Gaya Selebriti Wanita Di Karpet Merah Anugerah MTV VMAs
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
