Related Stories
Tampil Chic & Mempesona Dengan FRED Sempena Tahun Baru Cina
Tahun Baru Cina adalah masa yang paling dinanti-nantikan oleh ramai – saat penuh makna untuk menyambut permulaan baharu, keberuntungan, dan kasih sayang bersama keluarga dan rakan-rakan tersayang.Sempena ketibaan Tahun Baru ini, FRED, jenama barang kemas mewah yang terkenal dengan keanggunannya, mengundang anda untuk meriahkan sambutan dengan koleksi moden yang penuh glamor. Bersiap sedia untuk bersinar dengan gaya yang memukau di setiap detik berharga anda!
Tahun ini, Force 10 Collection dari FRED menjadi pilihan utama yang melambangkan keberanian dan keunikan. Gelang dan rantai koleksi ini direka dengan kabel merah yang ceria, bertatahkan gesper emas berkilauan – simbol kemakmuran dan nasib baik. Kabel merah, warna tradisional yang membawa tuah dalam budaya Cina, dipadukan dengan emas yang melambangkan kekayaan. Ini adalah aksesori wajib yang akan melengkapkan gaya Tahun Baru anda dengan sentuhan elegan dan penuh makna.

Bukan itu sahaja, Chance Infinie Collection mempersembahkan pesona infiniti dengan motif angka “∞” yang membawa maksud peluang yang tidak terhad. Direka khas dengan kemasan batu delima merah yang berkilauan, koleksi ini melambangkan angka lapan yang dipercayai membawa rezeki dan kesejahteraan. Pakai aksesori ini sebagai simbol semangat baharu untuk melangkah ke tahun penuh peluang dan kejayaan.

Tidak ketinggalan, Pretty Woman Collection tampil dengan reka bentuk hati bertingkat – ‘heart within a heart’ – yang melambangkan cinta dalam pelbagai bentuk, sama ada cinta kepada ibu bapa, pasangan, mahupun sahabat. Dihiasi dengan berlian yang berkilauan, koleksi ini adalah pilihan sempurna untuk dijadikan hadiah bermakna kepada insan tersayang, mengungkapkan cinta abadi anda seperti mentari yang tidak pernah jemu menyinari.

Tahun Baru Cina kali ini, sambutlah detik penuh keceriaan bersama FRED, di mana setiap rekaan bukan sahaja memperindah penampilan anda, tetapi turut membawa mesej harapan dan keberuntungan untuk masa hadapan. Biarkan diri anda bersinar dengan semangat dan gaya yang mempesona sepanjang tahun ini!
Artikel Berkaitan: Zendaya Tayang Cincin Pertunangan
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
