Tahun Lembu Disambut Lebih Romantik di Khoon Hooi - Glam Malaysia
tahun lembu

Tahun Lembu Disambut Lebih Romantik di Khoon Hooi

Tahun 2021 menyaksikan Tahun Lembu buat kalender Lunar Cina. Jika melihat haiwan itu, ia cukup gagah dan maskulin. Maka, adalah tugasan penting buat Khoon Hooi melancarkan sesuatu yang lebih lembut. Buat himpunan Khoon Hooi Chinese New Year 2021, dia mempertaruhan helaian tradisional yang digubah lebih upbeat. Beserta pula dengan elemen bunga yang akan memberikan rasa feminin dan romantik pada wanita. Melalui koleksi bespoke ini, ada 14 taruhan gaya dan semuanya diperhiasi dengan seni teknik tradisi bangsa Cina.

Baju kot dres Chin memberi fokus pada bunga peony yang ditenun pada broked. Manakala, butangnya diberi sematan rerama. Jika mahu lebih tradisional, pilihan qipao Han yang memberi fokus pada potongan lengan bulat ‘Ba’ yang membawa maksud lapan dalam bahasa Mandarin. Nampak lebih elegen dengan kolar baju mandarin yang lebih tinggi menutup separuh leher. Juan pula menaruhkan qipao berlengan loceng berserta potongan hadapan bentuk pipa. Regu buat Juan di tahun lembu adalah qipao moden Yan dalam rona merah jambu terang. Ia juga memberi potongan lengan bentuk loceng mengikut trend semasa.

tahun lembu
Baju Qipao Juan dan Yan

Jika mahukan sesuatu yang lebih mudah untuk bergerak di hari pertama tahun lembu 2021, boleh pilih padanan Wen. Ia hadir dalam dua ceraian top ungu cair dalam fabrik broked dan skirt berlisu juga dalam broked yang bermotif. Mereka yang memilih qipao Ru pula mungkin lebih bijak melangkah aturan tradisional. Kerana Khoon Hooi berikan helaian dalam dua paduan top berenda bersama seluar capri.

See also
Kemaskini Rutin Cantik Di Musim Tahun Baru Cina

Pautan Berkenaan: Head-To-Toe Dalam Khoon Hooi