‘Supermodels Sister’ Bintang Tamu Versace. And Maluma Too! - Glam Malaysia

‘Supermodels Sister’ Bintang Tamu Versace. And Maluma Too!

KEMPEN TERBARU VERSACE ADALAH TENTANG KELUARGA. GIGI DAN BELLA HADID ADALAH BINTANGNYA.

Kerjasama antara adik-beradik Hadid bersama Versace telah terjalin sejak bermusim-musim yang lalu. Keakraban adik-beradik Hadid mencetus inspirasi buat Donatella Versace untuk menampilkan mereka sebagai bintang kempen, selain muse fesyen kala berkarya. Apalagi, tema kempen untuk musim ini adalah tentang keluarga, kebersamaan dan something bold.

Pasangan adik-beradik yang juga bergelar supermodel itu mengambil bahagian dalam kempen koleksi musim bunga 2022, serta istimewanya lagi, membintanginya bersama Donatella Versace dan penyanyi terkenal, Maluma untuk koleksi lelaki. 

Imej kempen ditangkap oleh jurugambar Mert Alas dan Marucs Piggott, Bella dan Gigi beraksi dalam beberapa penampilan yang serupa, termasuk dress lateks neon, mini dress, hingga safety-pinned pieces yang menggoda, sambil menjinjing tas ikonik La Medusa. 

Mert Alas dan Marcus Piggott mengambil imej-imej klasik Versace sebagai inspirasi, lalu mencipta siri visual yang bertenaga dan komposisi yang kuat. Mengingatkan peminat Versace kepada himpunan imej Versace yang pernah dicipta oleh jurugambar lagenda, Richard Avedon yang ikonik. Sejak dari itu, imej-imej Versace seringnya dinantikan sehinggalah sekarang. 

See also
Sembang Fesyen: Syomir Izwa

Gigi turut berkongsi imej kempen ini secara eksklusifnya di Instagram peribadinya, dengan menyatakan rasa bangga berpeluang tampil dalam kempen Versace. Lebih membanggakan, dapat berkongsi momen bersama Donatella sendiri, yang dianggapnya sebagi satu penghormatan dan momen paling berharga. Gigi meluahkan rasa cinta dan penghargaannya buat Donatella, sehingga menganggapnya seperti keluarga sendiri. 

“Keluarga selalu menjadi intipati dari semua yang saya lakukan, itulah sebabnya saya sangat mencintai Bella dan Gigi. Mereka dengan sempurna menunjukkan kekuatan antara saudara perempuan dan mereka merangsang pesan itu kepada keluarga Versace kami di seluruh dunia,” ungkap Donatella sewaktu pelancaran kempen ini. 

Untuk koleksi lelaki Versace, Maluma buat julung kalinya tampil dalam kempen fesyen Versace. Maluma pula merupakan muse fesyen Donatella sewaktu mereka koleksi lelaki, termasuk perihal baju dan aksesori. Melalui imej kempen, Maluma turut beraksi dalam beberapa helaian Versace yang menjadi fokus musim ini, seperti jaket varsity, sut merah jambu dan sebagainya.

Artikel berkaitan: Seni Merancang Sepatu, Giuseppe Zanotti X Neelofa

See also
David Bowie Meninggal Dunia