Serlahkan Gaya Aidilfitri Dengan Grace, Tas Tangan Terbaru Kate Spade New York
Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandun...
Read Full BioTingkatkan gaya Aidilfitri anda dengan koleksi tas tangan terbaru Kate Spade New York, Grace. Tas tangan terbaharu Kate Spade New York ini menjanjikan gaya sempurna untuk dipadankan dengan pakaian bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Grace yang boleh didapati dalam shoulder bag atau satchel silhouette mempunyai garis yang minimalis dan bersih dengan pemegang bulat. Diperbuat daripada kulit licin, Grace adalah berstruktur sama rata, bergaya dan sangat versatil. Ketukangannya yang teliti mencerminkan kemeriahan dan juga keanggunan yang sinonim dengan sambutan Hari Raya.
Serlahkan Gaya Aidilfitri Dengan Grace, Tas Tangan Terbaru Kate Spade New York

Grace adalah sebahagian daripada koleksi musim bunga 2024 Kate Spade New York yang memenuhi janji jenama untuk ekspresi yang menggembirakan. Koleksi ini meraikan DNA jenama Kate Spade melalui penggunaan rona terang, corak grafik dan tekstur yang tidak dijangka. Bergaya tetapi santai dengan rona-rona yang hidup yang dipertingkatkan oleh tona lembut, sama ada berstruktur atau tidak berstruktur. Koleksi ini membawakan estetika berinspirasikan pakaian sukan yang santai dengan siluet kasual, garisan bersih dan pendekatan moden terhadap pakaian, semuanya dengan sentuhan klasik Kate Spade.
Tip Menggayakan Tas Tangan Grace Dengan Rona Busana Tepat

Jika anda memilih tas tangan berwarna terang, padankannya dengan pakaian berwarna nuetral seperti hitam, putih atau nude. Ini akan memastikan tas tangan menjadi fokus utama penampilan dan menciptakan kontras yang menarik. Oleh itu, penekanan pada warna neutral dalam pakaian memberikan ruang kepada tas tangan berwarna terang untuk bersinar, memberikan keseimbangan dalam penampilan anda.

Pastikan anda menjaga keseimbangan warna dalam seluruh penampilan anda apabila memilih tas tangan berwarna terang. Elakkan mengenakan terlalu banyak warna cerah dalam satu penampilan. Anda boleh mencuba untuk menambahkan sentuhan warna yang serasi melalui aksesori yang menarik.

Menggayakan tas tangan berwarna terang adalah tentang bereksperimen dengan gaya fesyen mengikut estetika anda dan dapat menciptakan penampilan yang unik. Bagi anda yang gemar dan berani untuk bereksperimen dengan warna, anda tidak perlu risau untuk mencuba kombinasi warna dan gaya yang pelbagai untuk meningkatkan penampilan keseluruhan anda. Percaya kepada diri anda adalah kunci untuk membuat setiap gaya berhasil.
Grace shoulder bag hadir dalam warna Bosc Pear, Berry Cream, Cream dan Black manakala Grace satchel tersedia dalam warna Berry Cream, Cream dan Black. Koleksi Grace ini boleh didapati di butik Kate Spade New York.
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
6 Trend Fesyen Spotted Di Pentas Peragaan Menswear SS27
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
