
Pereka muda, Harvee Kok terkenal dengan hasil sentuhan rekaan moden, futuristik dan mempunyai unsur seni bina. Nama Harvee Kok pernah dijulang apabila memenangi Anugerah Harper Bazaar Asia New Generation Fashion Designer pada 2013 di Bangkok telah membuatkan dia terus bernyawa dalam arena fesyen tempatan.
Permulaan pertama ketika menghasilkan koleksi?
Sudah menjadi resam rasmi bagi setiap pereka. Pasti mereka memulakan terlebih dahulu dengan mencari sumber inspirasi. Kemudian diikuti pula dengan deretan mood board, malah sudah tentunya pencarian fabrik dan item perincian antara yang dijadikan asas. Yang terakhir adalah lakaran bagi bakal himpunan saya.
Perkembangan terbaru?
Saya sememangnya dahagakan ilmu pengetahuan terutamanya dalam bidang fesyen. Bagi saya, ia suatu kerugian yang amat besar. Oleh itu, saya bakal meninggalkan negara tercinta demi menyambung pengajian, lalu berbakti dan menaikkan label saya ke peringkat antarabangsa.
Bagaimana anda mendapat inspirasi?
Apa yang terlintas di benak fikiran atau perkara yang berlaku di persekitaran saya samada secara peribadi atau pada teman-teman itu yang secara tidak langsung menjadi sumber inspirasi saya.
Pencapaian terbaik?
Sudah tentu apabila memenangi tempat pertama di pertandingan Harper’s Bazaar Asia New Generation Fashion Designer 2013 dan terpilih sebagai duta kempen Johnnie Walker “Keep Walking”.
Gaya signature?
Saya sering membuat eksperimen dalam setiap aspek antaranya dari segi teknik pemotongan fabrik, susunan pola pakaian atau gabungan material berbeza agar mencipta satu visual yang penuh dengan unsur seni bina dan mendapatkan siluet yang moden. Malah, setiap rekaan yang dilakukan adalam pembiasan daripada gaya identiti saya.
Siapakah yang mendorong anda untuk menempah nama di persada fesyen?
Rasanya tiada sesiapapun yang mendorong saya untuk menempah nama di persada fesyen kerana sejak masih di bangku sekolah saya amat meminati dunia fesyen. Malah, mula menjinakkan diri melalui lukisan figura wanita.
Pereka kegemaran?
Pereka terkenal, Phoebe Philo sentiasa menjadi kegemaran dan idola saya dalam arena fesyen. Kredibiliti dia dalam menghasilkan himpunan amatlah luar biasa. Sentuhan magis serta ideologi doa dalam bermain fabrik, warna dan teknik terlalu mendambakan. Mungkin suatu hari nanti, saya bakal menempah nama seperti dia?
*Artikel ini disiarkan dalam GLAM edisi Januari 2015
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
