Kempen Burberry Luruh/Sejuk 2019 Meneroka Keseiringan Identiti
Gambar : Burberry
Pengarah kreatif Riccardo Tisci hadir dengan kempen yang unik buat Musim luruh/sejuk 2019 di Burberry apabila menampilkan mempamerkan budaya British dalam banyak segi dan bagaimana ia melampaui pelbagaian peribadi.

Bidikan jurugambar Danko Steiner untuk kempen lurush/sejuk 2019 - Freja Beha Erichsen, Fran Summers and Sora Choi
Di Burberry, teras penjenamaan adalah untuk menonjolkan identiti dan gaya hidup yang mewakili jenama itu sendiri. Yakni nafas yang melangkaui halangan dan inklusif kepada semua. Kempen ini meneroka pelbagai aspek budaya Inggeris dan bagaimana mereka wujud bersama. Danko dan Nick merayakan pentingnya ekspresi diri dan identiti melalui lensa sendiri yang tersendiri. '- Riccardo Tisci, Ketua Pegawai Kreatif Burberry.

Bidikan jurugambar Nick Knight untuk Burberry musim luruh/sejuk 2019 - Alexis Chaparro, Kacie Hall, Mammina Aker and Shayna McNeil
Menerusi kempen terbaru hasil kerjasama dengan Danko Steiner dan Nick Knight, Tisci melancarkan pasukan burberry menerusi gambar model yang mewakili keperibadian rumah yang berbeza-beza dalam dua set imej yang berlainan. Menampilkan muse masa kini dan ikonik seperti Gigi Hadid, Sora Choi, Irina Shayk, Freja Beha Erichsen, Junior Vasquez, Benji Arvay dan ramai lagi.

Bidikan jurugambar Danko Steiner untuk kempen lurush/sejuk 2019 - Maxwell Annoh, Finn Rosseel dan Gigi Hadid
Kempen memegang dua nada yang sama dalam visual yang berbeza namun menyalakan kontras antara satu sama lain - siluet yang bergaya, dilengkapkan dengan latar belakang yang tenang yang dipenuhi dengan palet madu sebagai tona signatur Burberry oleh Danko; manakala yang lain memaparkan sinergi yang bebas dan muda oleh Nick.
Pilihan Bacaan Seterusnya
10 Jenama Kecantikan Lokal Yang Perlu Ada
May 21, 2026
Louis Vuitton Cruise 2027 Show Livestream
May 20, 2026
Demna ‘Takeover’ Times Square Buat Pertunjukan Gucci Cruise 2027
May 20, 2026
Kreativiti Tanpa Batasan Bersama Gucci Beauty Dan GLAM Beauty Club
May 20, 2026
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
May 20, 2026
Pilihan Wangian Rumah Menyuntik Aura Mewah
May 20, 2026
Kenali 5 Kreatif Pereka Fesyen Malaysia
May 20, 2026

