Pelitup Muka, But Make It Fashion - Glam Malaysia

Pelitup Muka, But Make It Fashion

Sukar untuk dinafikan lagi, pelitup muka merupakan aksesori paling penting dan ‘impactful’ sepanjang 2020. Have you imagine that? Pasti tidak sama sekali. Bakal menginjak ke tahun baharu, pemakaian pelitup muka masih diwajibkan. Saat keluar dari rumah atau kala berada di tempot awam, pelitup muka jangan sesekali dilupakan. Jenama-jenama fesyen termasuklah, peraka fesyen lokal turut menawarkan rangkaian pelitup muka. Hadir dalam pelbagai fungsi dan rupa. You make the choice.

Pemakaian pelitup muka tidaklah semestinya ‘menjatuhkan’ mood kita untuk tampil malas bergaya. Treat it like a beautiful necklace. You want to show it off to everyone. Permainan minda bukan? Namun, sudah sampai ke penghujung 2020 ini, rasanya sudah tidak rasa apa-apa lagi. Terbiasa dengan pemakaian pelitup muka dalam penggayaan harian. But what make it interesting is, himpunan gaya selebriti-selebriti yang menjadikan pelitup muka sebahagian daripada pelengkap fesyen. Menjadikan pelitup muka itu sebagai satu aksesori yang seronok untuk disuai padankan.

See also
Stail Paling Menawan Festival Filem Cannes 2018

Benar, pemakaian pelitup muka bukan suatu perkara yang dibuat main-main, tetapi dalam fungsi ia sebagai pelindung diri itu, tak salah rasanya menjadikan ia item fesyen yang cool. Sebab itulah, pereka-pereka fesyen kita, tampilkan pelitu muka yang bermacam inspirasi dan aspirasi. Ada yang serba hitam dan logo kecil dihiaskan pada hujung pelitup muka. Ada yang menampilkan corak tradisional sebagai taruhan utama. Dan sebagainya. Pokoknya, they want you to have fun in it.

Sebagai inspirasi gaya, amati stail Gigi Hadid dan Bella Hadid sewaktu bersiar-siar di New York, cambial ditemani anak Gigi. Gigi memakai kot hitam oversized serta topi newspaper boy yang meminjam imej laki-laki. Perfecting the cool mom image. All black dan yang paling menonjol ialah kasut but hitam Bella Hadid yang mengingatkan kupada trend fesyen Y2K, the Matrix. Jennifer lopez pula menyuai padankan pelitup muka dengan sepersalinan Dior, topi bucket Dior juga tas tangan Dior yang cukup ikonik. The look was unquestionably chic. 

See also
Solidariti #TimesUp Jelas Atas Karpet Merah BAFTAs 2018

Dua Lipa juga sama. Keluar dari tempat membuat persembahan, langsung memakai pelitup muka yang dipadankan dengan jaket puffer sarat cetakan floral, yang mana mengutip ilham ’60-an mod. Rekaan Richard Quinn tersebut merupakan kerjasama dengan Moncler. Bagi menampakkan imej kesukanan, Dua memakai ‘crop top’ hitam dibalik jaket puffer itu. Face mask are still a must. Siapakah lagi yang sangat bergaya kala memakai pelitup muka?

pelitup muka
Gigi Hadid & Bella Hadid

Sumber gambar: Google

Artikel berkaitan: Kasut Pink Untuk Update Gaya Hujung Tahun