Related Stories
7 Gaya Pelakon Gadis Kretek, Dian Sastrowardoyo Pilihan GLAM
Selepas menonton Gadis Kretek, pasti ramai yang kagum dengan gaya wanita anggun, Dian Sastrowardoyo, tampil klasik lambang sebenar wanita Indonesia.
Siapa yang tidak mengenali Dian Sastrowardoyo, pelakon wanita popular Indonesia yang sememangnya menjadi kegemaran ramai ini. Cukup hebat setiap kali di layar perak, kini kembali bertemu peminat di dalam drama bersiri Netflix, Gadis Kretek. “Apa yang membuatkan anda semua sukakan drama ini?, soalan pertama yang kami tanyakan kepada sesiapa sahaja yang menonton drama ini, rata-rata pasti menjawab, ‘sinematografinya juga gaya fesyen Dian sebagai Jeng Yah!”

Gambar: Instagram
Kami turut bersetuju. Selera gaya Dian Sastrowardoyo sesungguhnya tidak dapat kami nafikan, dia memang punya gaya kelas pertama sejak daripada dahulu lagi. Namun, tarikan yang dibawa wanita ini (semenjak tahun yang lalu), di mana dia ingin memartabatkan fesyen tradisional Indonesia kemana sahaja dia pergi sesungguhnya harus diberit tepukan. Kesungguhannya itu dapat dilihat apabila para pelakon drama Gadis Kretek ini muncul di beberapa acara karpet merah antarabangsa mengenakan pakaian tradisional mereka.
Baik menyarung kain batik simple dipadu bersama kemeja moden, berkebaya klasik atau juga mengenakan gaun mewah direka bermaterial juga bermotifkan batik, setiap penampilannya pasti mengundang respon positif pada sesiapa sahaja yang memandang wanita ini. Cukup elegan, classy dan punya kelasnya yang tersendiri!

Gambar: Netflix
Buat yang belum tahu, jika anda menonton Gadis Kretek, pasti melihat satu gaya sarungan kebaya yang cukup berbeza. Gaya kebaya yang digayakan oleh Dian Sastrowardoyo itu adalah gaya warisan kebaya Janggan. ‘Janggan’ membawa maksud leher. Ia adalah paduan gaya cheongsam pada potongan leher juga gaya ‘surjan’ yang dicedok dari busana para lelaki Jawa. Kebaya ini dikatakan melambangkan keindahan, kesucian perempuan Jawa secara umum.
Lihat 6 Gaya Dian Sastrowardoyo Pilihan GLAM
#1 Dian Sastrowardoyo di Karpet Merah Gadis Kretek di Jakarta
#2 Acara Premiere Gadis Kretek di Busan International Film Festival 2023
#3 Karpet Merah Anugerah Film Festival Indonesia 2022
#4 Karpet Merah Acara Dewi Fashion Knight

#5 Film Festival Indonesia 2023

#6 Acara Pelancaran Filem Setelah Lewat Djam Malam

#7 Dian Sastrowardoyo Untuk Acara Minggu Fesyen di Dukuh Atas, Indonesia

Gambar: Instagram
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.


