Dior Joaillerie Pilih Cara Delevigne Sebagai Muse Baharu - Glam Malaysia
Muse 'DIOR Joaillerie', Cara Delevinge Serikan Kempen Krismas Baharu

Dior Joaillerie Pilih Cara Delevigne Sebagai Muse Baharu

Cara Delevinge kembali beraksi sebagai muse pada Dior Joaillerie! Setelah beberapa musim sepi dari dunia fesyen, Cara Delevinge tampil dengan imej matang dalam kempen musim perayaan DIOR Joaillerie. Kempen ini merangkumi imej visual dan video pendek dengan konsep yang sama. Kekuatan konsep kempen ini adalah celupan imaginasi, fantasi dan diperkukuhkan lagi oleh sifat ingin tahu Cara sewaktu barang-barang kemas jatuh berjujuran ibarat kepingan salji yang meliputi bumi.

Cereka kempen tersebut berdurasi singkat. Cukup sekadar keriangan dan keterujaan yang ditonjolkan Cara (menyarung gaun merah) sewaktu membuka jendela untuk menyaksikan loket-loket rantai garapan Rose des vents jatuh ke bumi. Simbol Christmas Eve. Barang kemas Rose des vents jatuh berkilau disebabkan refleksi batu permata berbeza rona dan berlian DIOR yang bersinar-sinar, menjadikan hoasilan-hasilannya itu diperkaya oleh nada reken yang ekspresif serta daya inovasi tertinggi-terutama sekali dalam dunia high jewelry design. Tiap rekaan yang terkandung direka istimewa oleh Victoire de Castellane.

See also
Top 10 Model Paling Popular Di Instagram Untuk Tahun 2017

Koleksi ini bakal merayakan kita dengan barisan rekaan rantai leher yang dihiasi emas putih 18k, berlian mewah dan ‘rose gold’, mother of pearl- disempurnakan oleh reka bentuk yang berupa kepingan salji. Ia menafsir semula reka bentuk Mr DIOR’s lucky star. Rantai Rose Celeste yang dipakai Cara adalah ‘sorotan utama’ dalam koleksi dedikasi musim percutian ini. Barang kemas mewah lain termasuklah gelang tangan, anting-anting, dan cincin.

dior jewelry cara delevingne
dior jewelry cara delevingne

Artikel berkaitan: Dior Cruise 2021 Beri Tabik Fesyen Pada Puglia