#MFW-Selamat Tinggal Salvatore, Hello Ferragamo!
CAKAP GLAM: Selang beberapa hari sebelum acara dipertontonkan, laman Instagram Salvatore Ferragamo memuat naik gambar merah dan tertera Ferragamo. Ini adalah hala tuju terkini jenama Itali dibawah amatan kreatif terbaru mereka, Maximilian Davis. Selamat tinggal Salvatore dan terimalah kehadiran wajah baharu Ferragamo yang lebih moden dan tegas dengan rona merahnya. Tetapi Davis amsih menyingkap legasi Ferragamo dimana buat koleksi debutnya, himpunan terarah pada dunia Hollwyood. Satu industri yang cukup dekat dengan mendiang Salvatore Ferragamo. Serta selitan elegan yang dimiliki oleh bintang Hollywood dipersembahkan dengan gaya yang sensual menggunakan teknik Florentine drape. Juga buat Ferragamo Spring Summer 2023, menerbitkan rasa seksi fetish dengan gandingan material kulit dengan fabrik lebut yang telus. Ceraian yang direka dengan kulit bagaikan mencipta efek second-skin. Selari dengan elemen fesyen semasa, ceraian ringkas buat pakaian setiap masa seperti tank top, celana kasual dan baju polo mendominasi gaya Davis buat Ferragamo.

VIP: Nampaknya Ferragamo kali ini lebih bersifat terbuka. Berbanding dengan tetamu yang terdahulu, musim ini kelihatan undangan mereka punya sifat kepelbagaian. Naomi Campbell adalah bintang utama yang menghiasi barisan utama. Selain itu, Ferragamo turut menjemput Chae-young daripada kumpulan Twice sebagai wajah segar mereka. Nama lain yang hadir ke acara penting Ferragamo Spring Summer 2023 adalah Jourdan Dunn, Kelela dan Paloma Elsesser.
- TOMOHISA YAMASHITA
- SCHA ALYAHYA & AWAL ASHAARI
- LUNA MAYA
- BAIFERN
- MAE TAN
- DAIYAN TRISHA
PILIHAN GLAM
Pilihan Bacaan Seterusnya
Kesihatan Masa kini Bersama Jam Tangan Samsung Galaxy
Jun 15, 2026
Cool-Toned Makeup: Trend Solekan Yang Perlu Anda Cuba
Jun 12, 2026
Mengintai Malam YSL Beauty Block Party di Bukit Bintang
Jun 12, 2026
Pencinta Gaya Feminin, Ini Helaian Klasik Yang Perlu Ada
Jun 12, 2026
Kelebihan Sauna Yang Membantu Buang Sel Kulit Mati
Jun 12, 2026
Sisi Mewah Longines La Dolce Vita
Jun 12, 2026
10 Pemain Paling Kacak FIFA World Cup 2026 Pilihan GLAM
Jun 11, 2026

