Kuasai Kunci Stail Kate Spade
Pengarah kreatif Kate Spade New York, Nicola Glass meletakkannya sebagai "bandar safari", iaitu titik permulaan untuk koleksi musim bunga. GLAM berkongsi stail mesti ada untuk kuasai musim ini. Bagaikan satu pengembaraan, tidak kira kecil atau besar ia mahu diraikan oleh Nicola Glass. Wanita tidak perlu takut untuk melangkah keluar dari pintu rumah dengan menyarungkan satu helaian yang punya stail namun masih direka dengan daya praktikal. Selain itu, seni penggunaan fabrik mewah juga menjadi taruhan penting di Kate Spade.

Remedy Spade Flower Small Top Handle In Lichen
Seperti yang disiarkan di Instagram GLAM Malaysia:
https://www.instagram.com/p/B9Q_Ea8JntU/?utm_source=ig_web_copy_link
Terhimpun helaian dalam material kulit dengan kemasan yang cukup lembut, dress kain renda yang sungguh selesa atau sarungkan sahaja dress kait bersama blaus sutera kapas. Glass mahu mencipta helaian yang siap sedia untuk semua wanita dan dibuktikan melalui pemilihan peragawati yang berjalan buat acara fesyen ini. Grace Elizabeth membuka acara dalam balutan dress kapas bersama jaket kapas yang bagaikan sudah sedia mahu terbang kembara ke percutian pulau.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Kesihatan Masa kini Bersama Jam Tangan Samsung Galaxy
Jun 15, 2026
Cool-Toned Makeup: Trend Solekan Yang Perlu Anda Cuba
Jun 12, 2026
Mengintai Malam YSL Beauty Block Party di Bukit Bintang
Jun 12, 2026
Pencinta Gaya Feminin, Ini Helaian Klasik Yang Perlu Ada
Jun 12, 2026
Kelebihan Sauna Yang Membantu Buang Sel Kulit Mati
Jun 12, 2026
Sisi Mewah Longines La Dolce Vita
Jun 12, 2026
10 Pemain Paling Kacak FIFA World Cup 2026 Pilihan GLAM
Jun 11, 2026
