Koleksi Resort 2019 Tribute Kepada Legasi Max Mara

Buat julung kalinya Max Mara mempersembahkan koleksi Resort 2019 mereka di muzium keluarga Maramotti, Collezione Maramotti di Reggio Emilia yang kini menampilkan karya seni bernilai oleh artis-artis ternama seperti Burri, Fontana, Manzoni, Novelli, Twombly, Kounellis, Pascali, Calzolari, Anselmo.
Menurut pengarah kreatif Max Mara, Ian Griffiths, "Saya tahu lokasi ini adalah sebuah lokasi yang bermakna buat keluarga Maramotti dan saya merasa berbesar hati untuk mempersembahkan koleksi ini buat pertama kalinya di sini. Ia merupakan satu cabaran yang menarik buat saya, dan saya ingin menghasilkan sebuah koleksi yang sama layak dengan kehebatan lokasi ini."
[envira-gallery id="81449"]
Lantas melahirkan koleksi yang penuh sofistikasi dan kemewahan, dua perkara yang amat lazim dengan Max Mara, yang diselitkan dengan inspirasi telus karya seni artis-artis ternama. Inspirasi ini turut diterapkan ke dalam pilihan rona warna seperti hitam, putih zink, ecru, ultramarine, viridian, lemon dan cadmium cair.

Ceraian pembukaan koleksi ini juga memegun orang ramai apabila model yang mengenaka kot unta 101801 ikonik Max Mara hasil lakaran Anne Marie Beretta yang diolah semula oleh Griffiths dalam rona hitam atau putih dengan potongan berbelah yang membuatkan kot itu dipakai seperti sehelai mantel. Selain itu inspirasi karya seni ini turut kelihatan melalui tekstur setiap ceraian. Seperti ‘Achrome’ oleh Manzoni, sculptural ruches ukiran ruce seperti 'Ferro' oleh Burri dan twist, simpulan dan lipatan seperti 'Torsione' oleh Anselmo.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
Apr 13, 2026
Ini 7 Fakta Menarik Tentang Kereta EV Perlu Anda Tahu
Apr 13, 2026
GLAM Junior: Eyka Farhana Bakal Timang Anak Lelaki
Apr 13, 2026
Jang Won Young Kini Wajah Baharu Dyson Asia Pasifik, Era Baru Gaya Rambut Pintar Bermula
Apr 13, 2026
Ini Senarai Filem Baharu April 2026 Yang Wajib Masuk Senarai Tontonan Anda!
Apr 13, 2026
Semarakkan Raya Bersama Tiffany & Co. Dan Siti Khadijah
Apr 10, 2026
Semarakkan Raya Bersama Tiffany & Co. Dan Elvina Mohamad
Apr 10, 2026

