fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
#NYFW: COACH Musim Bunga 2023-Kemunculan Duta Coach Baharu, LIL NAS X
An Audience With Tengku Shaheera
#GLAMRaya 3: Nafas Moden Musim Lebaran 2017
UNIQLO AIRism, Defini Ikonik & Keselesaan Gaya Kini
Tampil Stylish dengan Koleksi Pilihan Kate Spade New York
Home > Fesyen > Tod’s Vacanze Italiane Cipta Memori Musim Panas

Tod’s Vacanze Italiane Cipta Memori Musim Panas

Tod’s mempersembahkan koleksi “Vacanze Italiane”, kempen musim panas 2026 yang dirakam di Forte dei Marmi, yang lengkap dengan sentuhan halus dan keanggunan santai. Ia menyulam cerita gaya hidup Itali yang begitu ikonik.

Rumah fesyen Itali, Tod’s hadir bersama koleksi musim panas 2026 yang berkembang melalui naratif yang dipenuhi momen spontan dan kesederhanaan kehidupan harian, menggambarkan atmosfera unik percutian musim panas di Itali. Ia menjadi sebuah undangan untuk kembali menghargai keseronokan perkara-perkara kecil serta kebahagiaan berada bersama. Itu adalah antara nilai yang sejak sekian lama menjadi identiti gaya hidup Itali oleh Tod’s.

Sentuhan Musim Panas Yang Elegan Dan Bersahaja

Keindahan Musim Panas Itali Bersama Tod’s Vacanze Italiane

Koleksi ini merupakan ekspresi keanggunan dan kemewahan yang bersahaja yang menjadi identiti jenama tersebut. Dikelilingi suasana semula jadi dan cahaya matahari, setiap helaian menjadi peneman ideal sewaktu momen istimewa atau melakukan rutin harian. Kulit iaitu material ikonik Tod’s, menjadi nadi utama dalam rangkaian ready-to-wear ini. Daripada outerwear dalam Pashmy leather yang ringan dan lembut disentuh, hinggalah ke mini dress minimalis yang rapi. Kehalusan pembuatan setiap helaian yang menggabungkan kulit dan fabrik melahirkan pakaian direka khusus untuk pencinta fesyen, termasuk scarf top serta kemeja berjalur yang klasik. Koleksi ini turut meraikan elemen nyaman melalui penggunaan linen, kapas crochet dan sutera, yang semuanya diterjemahkan dalam gerobok musim panas yang sofistikated dan chic. 

Aksesori Musim Panas Yang Menyempurnakan Gaya Tod’s

Keindahan Musim Panas Itali Bersama Tod’s Vacanze Italiane

Tod’s Gommino, simbol cita rasa Itali yang halus serta tradisi ketukangan menjadi tumpuan utama dalam pilihan kasut sekaligus tampil sebagai teman sempurna untuk musim panas yang penuh gaya. Untuk wanita, loafer ikonik diperkaya dengan sentuhan perincian logam pada bahagian tumit, menyerlahkan identiti dan karakteristiknya yang tersendiri. Kod reka bentuk yang sama turut diadaptasi dalam Metal Dots bag, rekaan terbaru daripada rumah fesyen ini. Dalam kategori beg, keluarga T-Timeless hadir menonjol, selain versi shopping bag yang diberi nafas baharu dalam crochet raffia. Koleksi ini turut memperkenalkan rekaan top-handle dengan sentuhan kontemporari, yang boleh dipersonalisasi dengan huruf emas menerusi projek MySignature. Melengkapkan helaian pakaian untuk musim panas 2026 ini, aksesori seperti Greca belt yang menggabungkan kanvas dan kulit serta scarf berjalur baharu memberikan sentuhan segar dan moden kepada keseluruhan koleksi.

Artikel berkaitan: Pujangga Orange dan Magenta Dalam Koleksi Ikonik RIMOWA