GLAM It Girl bulan ini menampilkan Syaza Katrina, temubual eksklusif bersama gadis kelahiran Selangor tentang perjalanan seninya dan rahsia disebalik gaya hidup yang estetik.
Membawa semangat anak jati Selangor ke persada digital, Syaza Katrina berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai antara wajah paling menyerlah dalam generasinya. Membesar di tengah-tengah kepesatan lembah klang, gaya hidupnya yang dinamik dan cita rasa fesyennya yang urban mencerminkan identiti sebenar seorang ‘city girl’ yang penuh visi. Bukan sekadar berwajah jelita, Syaza dikenali dengan personaliti yang ramah dan bijak membawa diri, menjadikannya pilihan utama pelbagai jenama untuk bekerjasama. Baginya, konsistensi dan keaslian adalah kunci utama dalam membina nama yang kukuh dalam industri yang kompetitif ini.

Syaza Katrina, GLAM It Girl Bulan Ini
1. Macam mana Syaza nak describe personal style Syaza?
Kalau ikut Syaza, personal style Syaza lebih kepada tomboy femme. Syaza suka gabungkan elemen feminin dan maskulin dalam satu outfit, memakai baju yang lebih fitted dengan seluar baggy, pakai dengan heels, sneakers atau loafers. Syaza suka nampak relaxed tapi masih ada feminine touch.
2. Fashion item apa yang Syaza rasa tak boleh hidup tanpa sekarang dan why?
Loafers sebab senang nak style untuk casual look atau more polished look! Dan semestinya, topi juga. Kalau tengok IG Syaza, memang selalu nampak Syaza pakai topi. Selain jadi penyelamat untuk a bad hair day, topi boleh terus lengkapkan satu outfit dan memberikan lebih character to the whole look.
3. Kalau boleh curi wardrobe mana-mana selebriti, siapa pilihan Syaza dan mengapa?
Koleen Diaz! Dia seorang content creator yang Syaza memang minat dari dulu lagi. Koleen pandai mix staple pieces dengan statement pieces tanpa nampak overdone. Dia juga berani main colour-blocking outfit, tapi masih nampak cool, chic dan effortless.

4. Outfit macam mana buat Syaza rasa paling yakin?
Sejujurnya, outfit yang simple tapi kena dengan badan. Syaza suka top yang tak terlalu oversized, dipadankan dengan baggy trousers atau shorts, kemudian pointed toe heels. Syaza suka rasa selesa tanpa nampak macam try too hard. Bila outfit tu effortless tapi masih put together, terus rasa lebih yakin.
5. 3 beauty items apa yang sentiasa ada dalam handbag Syaza?
Dalam handbag Syaza memang wajib ada Rimmel Cappuccino lip liner, Fenty Beauty Hot Chocolit gloss, dan mini perfume sebab Syaza memang suka touch-up mana mana dan sentiasa kena bau sedap! Buat masa sekarang, mini perfume Syaza daripada Jo Malone – Velvet Rose and Oud.

6. Weekend ideal Syaza coffee date, girls’ night, atau me time?
Dulu memang girls’ night all the way, tapi sejak start bekerja Syaza lagi hargai me time atau meluangkan masa dengan family dekat rumah sekurang-kurangnya sehari pada hujung minggu. Lepas recharge, barulah Syaza rasa best nak coffee date atau keluar jumpa kawan.
7. Sekarang sedang menonton TV siri apa dan mengapa?
Syaza baru habis tengok Million Dollar Secret Season 2! Konsep dia menarik, sekumpulan orang duduk dalam satu mansion dengan satu juta dolar jadi taruhan, tapi duit tu secretly ada dekat salah seorang daripada mereka, jadi semuanya tentang penipuan, manipulasi, dan mind games. Sekarang Syaza tengah cari TV siri baru, kalau ada recommendation, Syaza open to suggestions!

8. Apa satu benda pasal Syaza yang orang mungkin tak tahu?
Ramai anggap Syaza bekerja dalam bidang fesyen atau bekerja sebagai content creator sepenuh masa, tapi sebenarnya Syaza bekerja sebagai seorang konsultan dalam bidang sustainability sejak tahun 2024. Syaza bersyukur sebab boleh menceburi dua dunia yang berbeza. Hari-hari dapat belajar benda baru dalam bidang kelestarian, tapi pada masa yang sama masih boleh express diri sendiri melalui fesyen dan content creation di luar waktu kerja.
Artikel berkaitan: GLAM It Girl: Taanusiya Chetty