Kemasan Atelier Untuk Busana Metiers D’Art Chanel

Kemasan Atelier Untuk Busana Metiers D’Art Chanel

Daripada koleksi Paris – New York 2018/19 Metiers d’Art yang dipentaskan di Metropolitan Museum of Art lalu, koleksi inspirasi Mesir lama ini menampilkan banyak helaian unik dengan ketelitian couture yang cukup unggul. Salah satu yang paling istimewa adalah gaun labuh nombor 84.

Busana nombor 84 ini mengambil masa selama 1010 jam untuk disiapkan. Bermula dengan lakaran yang kemudiannya dihantar kepada Lemaire. Atelier tersebut akan menghasilkan sample di mana Karl Lagerfeld sendiri akan membuat pemeriksaan sebelum meluluskannya. Proses Lemaire bermula dengan lakaran di atas kertas menurut corak yang sudah disediakan. Bulu-bulu burung diwarnakan dalam tona biru, merah, hitam, biru tua, turquoise serta emas. Setiap satu disusun rapi di atas organza yang mana akhirnya mencipta sebuah corak penuh.

Fitting akhir diadakan sehari sebelum persembahan. Karl Lagerfeld bersama Virginie Viard membuat koordinasi dan penataan gaya bersama aksesori di mana rantai utamanya diinspirasikan oleh barang kemas Chanel dari era Art Deco pada 1920-an. Dilengkapi dengan anting-anting labuh, keseluruhan aksesori menampilkan skyline kota New York. Sandal emas menjadi pelengkap gaya, dihasilkan oleh atelier Massaro.

Kemewahan koleksi pra musim luruh Chanel sememangnya istimewa. Sebagaimana kata-kata mending Lagerfeld sendiri, “Ia dihasilkan dengan cara artisanal dalam erti kata yang sebenarnya kerana di dalam artisanal ada seni.” Pereka legenda tersebut turut memberitahu yang dia begitu kagum dengan tamadun Mesir. “I get inspired by an idea, which I make a reality.” Begitulah visi seorang artis yang mana legasinya akan terus masyhur sepanjang zaman.

10 of 18
Use your ← → (arrow) keys to browse