Gucci Jackie 1961
gucci jackie 1961

The Iconic: Gucci Jackie 1961

Pertama kali Gucci Jackie muncul pada 1961, ia terus mencipta fenomena dengan terus menjadi arm candy buat wanita semasa!

Jacqueline Le Bouvier Kennedy, bekas Wanita Pertama Amerika Syarikat menzahirkan banyak simbol. Beliau adalah lambang kekuatan negara itu, wanita ini juga menzahirkan karakter ketabahan yang dijulang dan stail ikon penting pada dunia fesyen. Banyak momen fesyen yang boleh dibukukan khas buat Bouvier Kennedy. Antaranya adalah baju merah jambu yang dipakai olehnya ketika suami dibunuh di Dallas. Dia juga yang mempopularkan topi pillbox era 60-an. Serta, gaya hariannya yang sentiasa nampak kemas bersama beg bentuk bujur berlabel Gucci.

gucci jackie 1961

Beg itu bagaikan sahabat baik Bouvier Kennedy, kerana ia mampu menjadi perisai dalam menyelamatkannya daripada lensa kamera yang sering mengejarnya. Kerana sering dirakam dengan beg itu, lalu Gucci mengabadikan nama Jackie kepada beg mereka. Lahirlah satu beg paling ikonik di Gucci dengan nama The Jackie yang sehingga sekarang tidak goyah walaupun hadir rekaan beg yang lain.

See also
Gift Giving Gucci Semarak Gaya Hujung Tahun Anda

Nama Beg Gucci Jackie 1961 Asalnya G1244

Pertama kali beg ini dilahirkan pada 1961, yakni setelah 40 tahun jenama Gucci dilancarkan. Ketika itu, beg ini dilihat cukup moden dan berjiwa kontemporari. Ia dihasilkan dalam pelbagai material daripada kulit hingga ke kanvas. Menjadikan beg Jackie ini cukup sesuai untuk digayakan setiap hari. Juga sebelum ia dikenali dengan nama Jackie, Gucci terdahulu menamakan ia dengan nama lain. Nama pertama yang diberikan oleh Gucci buat beg bahu ini adalah G1244.

gucci jackie 1961

Ianya berekaan trapezoid, bertali gesper yang pendek dan keunikannya terletak pada gancunya. Piston beg ini menjadi pelengkap utama beg Jackie. Dengan cetusan gaya yang lebih praktikal, beg Jackie ini menjadi sambaran utama sewaktu ia dilancarkan. Mungkin juga kerana paparazzi sering merakam gambar Jacqualine Kennedy bersama beg yang satu ini. Terus saham beg ini melonjak naik. Jackie Kennedy adalah the real influencer yang sehingga kini meninggalkan penangannya melalui beg ikonik Gucci.

Seketika beg ikonik Gucci ini direhatkan. Banyak beg Gucci lain dipertaruhkan atas pentas. Tetapi tidak mampu melawan kehebatan beg Jackie ini. Ketika persembahan koleksi Chateau Marmont oleh Alessandro Michele dipertontonkan, seorang peragawati diberikan tugas besar yakni menjinjit beg Jackie terkini Gucci. Ia adalah debut beg Jackie setelah lama sunyi daripada pentas Gucci. Michele mereka beg Jackie dalam monogram kanvas. Ia mencipta kembali ombak trend Jackie!

See also
Billie Eilish Bintang Baru Gucci Eyewear!

Kemudiannya, Michele tidak berhenti disitu, kerana beg Jackie dipertaruhkan lagi buat acara Gucci musim luruh 2020. Serta nama yang baharu diperkenalkan yakni Gucci Jackie 1961. Kerana Michele mendapat ilham mereka beg ini seakan sama dengan beg Jackie yang diperkenalkan pada tahun 1961. Uniknya, Michele mencari sendiri beg asli ini daripada koleksi arkib miliknya!

Baca lanjut dalam isu GLAM Januari/Februari 2023

Artikel Berkaitan: #MFW-68 Pasangan Kembar Berjalan Buat Gucci Twinsburg