Gaya Musim Panas Sinematik Dari Roma Buat Fendi Summer 2025
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioLabel mewah Fendi merentasi masa, menghidupkan kembali gaya sinematik buat helaian koleksi Fendi Summer 2025. Warisan, keanggunan dan keindahan alam bersatu dalam sebuah ode moden yang mempesona.
Bersempena ulang tahun ke-100, Fendi kembali merentasi masa bagi memberi penghormatan kepada detik bersejarahnya sambil menghadirkan koleksi musim terkini. Koleksi Fendi Musim Panas 2025 diilhami daripada filem fesyen pertama dunia, “Histoire d’Eau” yang diabadikan dari koleksi Karl Lagerfeld bagi koleksi Fendi SS78. Susy Dyson yang tampil dalam filem tersebut sebagai pengembara glamor, menjadikan kota Rom sebagai taman permainannya. Dalam naratif sinematik ini, gaya musim panas yang penuh keanggunan dan keaslian digambarkan dengan indah, tercetus inspirasi segar buat koleksi musim panas kali ini.

Keanggunan Koleksi Fendi Summer 2025 Yang Diilhamkan Dari Warisan Sinema
Koleksi ini menterjemahkan palet musim panas Rom yang terang dan suasana tepi laut Itali dengan penuh cita rasa, menghadirkan fabrik bermaterial ringan serta perincian yang diaspirasikan daripada alam semula jadi. Motif seperti bentuk arca batu karang merah yang pernah muncul dalam “Histoire d’Eau” diolah kembali sebagai sulaman, aksesori leher dan cetakan terang ke dalam koleksi. Dari merah karang ke biru samudera, setiap rona menyampaikan ekspresi ceria gaya tepi laut Fendi yang nyata sofistikated.

Rekaan siluet lembut seperti maxi dress, skirt pensel beralun dan celana pendek diperkaya dengan tekstur mewah seperti tampalan renda devoré, kulit lembut serta kemasan manik karang. Sentuhan sporty namun kasual turut disuntik dalam jaket denim chambray laser cut dan jaket sutera FF jacquard tampal, menonjolkan bentuk siluet secara anggun dan dinamik.

Deretan aksesori yang turut dihadirkan, memainkan peranan penting dalam koleksi ini. Daripada tote beg besar dalam teknik raffia sehingga lah ke sandal thong Fendi Fling dan Colibri pumps dengan perincian cetakan taman laut, kesemuanya membawakan nuansa musim percutian Itali. Dalam pada itu, Fendi Charms turut kembali sebagai aksesori mainan yang artistik dan penuh karakter, menjadikan keseluruhan koleksi ini sebagai ode moden terhadap warisan, perincian halus dan keindahan gaya yang timeless. Fendi Summer 2025 kini boleh diterokai di butik atau secara atas talian untuk tambahan gerobok pakaian musim panas.

Artikel Berkaitan: FENDI Buka Butik Pertama di Madrid – Gabungan Mewah Sepanyol dan Sentuhan Ikonik FENDI
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
