Fred Mengabadikan Kilauan Sinar Mentari French Riviera
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioKeindahan landskap French Riviera yang tidak pernah pudar, menjadi inspirasi kempen terbaru Fred di mana ia meraikan
kehidupan, serta sinar mentari yang menjadi inspirasi dan simbol koleksi “The Sunshine Jeweler”.
Fred Samuel menjadi simbol utuh dalam penghasilan barangan kemas di Fred. Pengasas jenama yang sudah terbina hampir 90 tahun ini terus meraikan skil teknikal serta ketukangan yang hebat. Karakternya yang cukup mesra, berjiwa lembut, cinta yang tidak berpenghujung dan semangat joie de vivre membuatkan jenama ini senang dikenali dengan Fred, The Sunshine Jeweler. Identiti untik ini yang membuatkan karakter barang kemas ini cukup lain daripada barang kemas yang sedia ada di pasaran. Legasi yang dibina oleh Fred Samuel dan jenamanya juga mendapat inspirasi daripada keindahan kehidupan di French Riviera. Maka lahirlah kempen baharu yang protagonisnya adalah Freddies, membawa kita ke satu kisah yang cukup menggembirakan.
Satu ekspedisi yang tidak dapat dilupakan. Terjun daripada cenuram ke lautan yang luas bersama air yang menyegarkan, atau bebaskan minda melihat horizon yang menenangkan dan menari sambil melihat mentari terbenam; inilah momen menarik Freddies yang mampu membuatkan hati bertambah positif. Tatkala malam menjelma, terus memberi kilauan cantik di atas air Mediterranean. Rona biru Riveira membawa semangat yang lain lalu sesudah malam seperti coklat cair, merah jambu serta jingga. Inilah palet indah daripada fajar ke senjakala. Ia membawa satu kenikmatan hidup yang cukup sempurna.
Interaksi antara cahaya dan rona ini memberikan satu omen yang abadi dan cukup istimewa. Ia adalah simbol kehidupan yang girang seperti pujangga joie de vivre. Mereka yang menyarungkan barang kemas Fred ini nyata mampu memberi kilauan yang gemilang. setiap himpunan dibawah payung Fred seperti Force 10, Chance Infinie, Pretty Woman juga himpunan barang kemas termewah menghidupkan kempen ini laksana kerdipan yang ada di Riviera. Setiap hasil rekaan bertunjangkan emosi dan gerak hati bersama hasil pertukangan yang begitu bagus. Ia memberi refleksi pada gaya yang bersahaja dan nyata sekali kekal glamor.
Artikel Berkaitan
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang W...
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026...
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
Selena Gomez Biaskan Pesona Gaya Tetamu Di Majlis Perkahwina...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.




