Chanel Métiers d’Art: Seni Mesir Purba Jadi Inspirasi Chanel

Teks: Suzie Adnan
Saban tahun, persembahan Metiers d'Art daripada Chanel senantiasa dinanti-nantikan. Pertama sekali mungkin kerana keunikan lokasi persembahannya atau sumber inspirasi yang diambil dari budaya atau tanah asing. Paling utama, Metiers d'Art adalah lapangan penting bagi menampilkan ketinggian seni kraf rumah-rumah couture seperti Michel, Goossens, Lognon, Lemarie, Montex, Desrues, Lesage serta Massaro. Setiap satu menyumbang kepada penghasilan koleksi Metiers d'Art yang penuh berseni.

Namun kali ini, Chanel membawa koleksinya ke New York. Pada awalnya saya menjangka himpunan yang dipersembahkan bakal memiliki ciri-ciri kota Big Apple ini. Namun jangkaan saya meleset tatkala menjejaki masuk ke Temple of Dendur - salah satu ruang pameran di dalam muzium The Met. Temple of Dendur adalah kuil Mesir lama yang dialihkan khas dari tapak asalnya. Dijangka dibina pada tahun 15 sebelum masihi, ia adalah lokasi paling sempurna untuk pertunjukan Metiers d'Art yang mencedok idea era piramid.
Model-model membuka persembahan dalam persalinan bersalut emas. Dengan gaya solekan sebagai pelengkap, model-model ini melangkah keluar membawa perwatakan bak Isis dan Osiris. Kaia Gerber model bintang di pentas Chanel manakala penampilan Pharrell Williams turut melangkah dalam sepersalinan serba emas. Rata-rata model menyarung but tinggi serta topi seakan turban berwarna emas manakala beg-beg memiliki ciri bentuk piramid serta kumbang yang cukup simbolik. Artis grafiti, Cyril Kongo turut menyumbang dalam koleksi ino dalam bentuk idea cetakan yang membawa Mesir purba ke era moden.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Cantik
Contre-Jour Adalah Wangian Berjiwa Misteri Dan Bebas
May 12, 2026
Gaya Hidup
GLAM Weddings: Parissa Ardina Pilih Yang Timeless
May 12, 2026
Fesyen
5 Kitten Heels Paling ‘Comfy’ Buat Si Gadis Kota
May 12, 2026
Cantik
Lancôme Menulis Semula Naratif Kecantikan Bersama Zoe Saldaña dan Demi Moore
May 11, 2026
Gaya Hidup
Hot Girl Walk: Trend Atau Terapi Mental?
May 11, 2026
Fesyen
Ritma Moden Musim Panas Dengan Koleksi Resort Louis Vuitton
May 11, 2026
Gaya Hidup
Baju Tidur Sutera atau Cotton, Mana Satu Buat Tidur Nyenyak?
May 11, 2026
Fesyen

