NYFW: Biasan Karakter New Yorker
Text: Aizat Aidid
Stuart Vevers, Pengarah Kreatif Coach masih terus menjulang budaya Amerika Syarikat buat jenama ikonik asal Big Apple ini. Bagi himpunan Coach 1941, Vevers menyimbah confetti berkilat pada seluruh set yang diinspirasikan daripada kota New York. Bukan setakat pada set pentas, labuci turut menjadi perincian utama pada ceraian dress. Koleksi ini meraikan gaya glamor dalam hembusan yang lebih moden melalui padanan slip dress dengan blaus jarang yang diserikan dengan kristal dan labuci. Denim diperkenalkan untuk menambah rasa gaya jalanan dan dimadukan bersama jaket kulit yang sudah menjadi item wajib Coach 1941. Melalui koleksi ini Vevers juga memberi penghargaan kepada artis seni asal Amerika Syarikat yakni Keith Haring. Seni ilham Haring digunakan untuk menghiasi ceraian Coach 1941 seperti baju-T dan dress prairie.
Ceraian kegemaran Pengarang Fesyen GLAM, Aizat Aidid. Tidak lupa juga beberapa foto menampilkan bintang tempatan kita, Fazura yang turut menghadiri pertunjukan fesyen Coach S/S 2018.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Volvo Menghidupkan Rasa SELAMAT
Jun 02, 2026
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Jun 02, 2026
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
May 29, 2026
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
May 29, 2026
Dialog Fesyen: Yuleza
May 29, 2026
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
May 29, 2026
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
May 29, 2026

