Barbie Diiktiraf Di Anugerah CFDA 2019, Ini Fakta-Fakta Mengejutkan Tentang Barbie
Buat wanita zaman kini yang membesar dengan patung Barbie, this is a good news for you! Guess what, status patung Barbie sebagai ikon fesyen global akhirnya mendapat pengiktirafan Majlis Pereka Fesyen Amerika (CFDA) baru-baru ini. Memasuki tahun yang ke-60 'menceriakan' jiwa kanak-kanak wanita sejak berzaman lamanya, Barbie akhirnya menerima trofi Board of Directors' Tribute pada Anugerah Fesyen CFDA yang berlangsung di Brooklyn.

Menurut jurucakap CFDA, anugerah ini diberikan kepada patung popular itu kerana telah memberikan inspirasi dalam bidang fesyen terutama sekali di Amerika Syarikat, selain menjadi inspirasi kepada ramai orang di seluruh dunia.

Menurut The Star, Barbie bukan sekadar patung mainan bagi kebanyakan kanak-kanak wanita di seluruh dunia, namun ia turut pernah menjalinkan kerjasama bersama pereka-pereka terkenal seperti Oscar De La Renta, Vera Wang, Tommy Hillfiger serta Moschino dalam rekaan pakaian untuk figura itu.

Kolabrasi Oscar De La Renta bersama Barbie sekitar tahun 2016
Sebelum ini, trofi sama juga pernah diberikan kepada Michelle Obama, Tom Ford dan Gloria Steinem. Congrats Barbie! You deserved it! Tanpa membuang masa, GLAM senaraikan beberapa fakta menarik tentang Barbie tidak semua tahu.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Busana Pilihan Zendaya & Tom Holland Di Jelajah Filem Spider-Man
Jun 18, 2026
Terokai Aksesori Buatan Jenama Asia Tenggara
Jun 18, 2026
Rolex Rai 100 Tahun Keutuhan Oyster
Jun 18, 2026
7 Trik Mudah Urus Rambut Kerinting Supaya Kekal Anggun
Jun 18, 2026
Tod’s Umum HAN Stray Kids Sebagai Duta Global Terbaharu
Jun 16, 2026
Burberry Bawa Musim Panas Di Bangkok
Jun 16, 2026
BEHATI Angkat Estetika Nusantara Di Malam Premier Khadam
Jun 16, 2026

