Belaian Kemewahan Lady Dior

Belaian Kemewahan Lady Dior

 

Statusnya diangkat begitu tinggi. Semangat unggul rumah fesyen Dior terus mengalir sempurna lantaran tas tangan Lady Dior sentiasa menjadi Arm Candy wanita ikonik dunia. 

 

Lagak wanita yang menjinjing beg Lady Dior sungguh sensual sekali. Perlambangannya nyata membias status wanita moden, berhierarki tinggi, berkuasa yakni melaung erti nafas kemewahan menjadi interpretasi sebenar Dior, lihat sahaja wajah-wajah yang pernah menghiasi kempen jenama kebangsaan Perancis ini, bermula dengan Carla Bruni, Diane Kruger, Monica Bellunci dan terbaru adalah Marion Cotillard sungguh mengagumkan. Malah seakan terbayang lagi saat pertama kali wanita pertama Perancis, Bernadette Chirac menghadiahkan mendiang Puteri Wales yakni Lady Diana sebuah tas tangan kulit Dior berserta juntaian letter charms tersemat pada pemegang beg. Dengan corak jahitan bersegi atau cannage yang diilhamkan daripada kerusi Napoleon 3 yang diguna pakai dalam pertunjukan Dior pada 1947, tas tangan Dior diangkat sebagai legenda fesyen dunia.

 
300914_Dior_NOV

 
Sebuah beg tangan Lady Dior mengambil masa hampir lapan jam dan mendapat sentuhan kepakaran tujuh orang tukang. Sama ada penggunaan material kulit anak lembu, buaya atau ular sawa, sebanyak 130 keping kulit diperlukan ssebagai asas pembuatan. Ia akan dicelup, diperhalusi dan dijahit menggunakan tangan. Malah sebagai memperindah kesempurnaan tas tangan ini, juntaian letter charms D.I.O.R yang diberikan keemasan berkilat emas atau perak menjadi penyeri  stail. Maka tidak hairanlah jika The House of Dior renamed their bag ‘Lady Dior’ in her honour and a fashion legend was born! Memilikinya hati rasa puas, apatah lagi mengayakannya ke majlis glamor.

See also
NYFW: Opening Ceremony Cipta Kelainan

 
IMG_1706

 

IMG_1750

 

IMG_1918

IMG_1963