5 Gaya Fesyen Aisha Retno Pilihan GLAM

5 Gaya Fesyen Aisha Retno Pilihan GLAM

Semakin hari semakin meniti namanya di bibir peminat muzik serta fesyen tanah air hari ini. Aisha Retno, sering tampil dengan tataan menarik lagi unik dengan suntikan tradisional menjadi signatur pilihan gaya fesyennya. Jom lihat! 

Aisha Retno, penyanyi muda yang semakin meningkat naik namanya hari ini adalah antara penyanyi yang kami anggap cukup hebat baik menerusi lantunan vokalnya mahupun persembahannya setiap kali berada di atas pentas. Alunan suaranya mampu membuatkan seluruh badan rasa meremang! Bukan itu sahaja, setiap kali kami bersua, baik di acara anjuran GLAM ataupun di acara istimewa lain, penampilan wanita ini pasti tidak menghampakan.

Pernah sekali kami menemu bualnya tentang look seni kukunya yang cukup cantik, Aisha yang kami dekati ini ternyata amat mementingkan penampilannya. Baru-baru ini, Aisha Retno turut menghadiri acara parti fesyen anjuran GLAM & GLAM Lelaki. Ternyata gayanya tidak mengecewakan! Menyarung lengkap sepersalinan Coach, dia bijak menggayakan apa jua busana yang disarungnya.

See also
Adele Titip Mesej Penuh Emosi Menerusi Lirik Easy On Me

Bukan itu sahaja, kami juga amat tertarik dengan gaya Aisha yang gemar bereksperimen dengan suntikan tradisional dalam gaya modennya. Padanan selendang dan kadang-kala corset turut terlihat dalam gaya harian wanita ini. Ayuh GLAM ingin mengajak anda semua untuk sama-sama mendekati 5 gaya fesyen terbaik Aisha Retno yang menjadi pilihan GLAM!

Gaya Segar Aisha Retno Inspirasi Anak Muda Hari Ini

#1 Manis Merah Jambu

Aisha memang dikenali dengan gaya unik. Foto ini diambil Aisha sewaktu menghadiri majlis Diptyque baru-baru ini. Sering mengenakan selendang juga korset namun Aisha tampil cukup manis mengenakan baju ruffle rona merah jambu bersama seluar putih. Paduan warna yang sepadan ini memberi aura yang cukup segar!

Aisha Retno

#2 Leather 

Busana daripada Coach ini menjadi pilihan Aisha Retno sewaktu menghadiri parti fesyen GLAM x GLAM Lelaki tahuni ini. Menurut Pengarang Fesyen kami, gaya Aisha pada malam itu adalah inspirasi daripada Hailey Bieber. She nailed it! 

Aisha Retno

#3 Jeans Corset

Padanan korset daripada material jeans bersama kebaya hijau dan skirt labuh bercorak pleats menjadi pilihan Aisha Retno. We love this combo! 

Aisha Retno

#4 Mismatched Chaos

Seperti biasa, korset dan top kebaya senantiasa menjadi pilihan Aisha Retno kala bergaya. Namun, di dalam gaya ini, Aisha tampak menarik dan cukup berani sekali apabila dia memilih untuk memadankan pakaian tradisional ini bersama ruched pants.

Aisha Retno

#5 Segalanya Jeans

Ini adalah sewaktu Aisha Retno menghadiri majlis EH! Top 20 di mana dia turut membuat persembahan pada malam itu. Bertemakan ‘Denim Unleashed’, Aisha bijak dan tampil cukup kreatif dengan paduan busana jeans bersama sarungan top daripada Mugler bersama suntikan labuci glamor. Tidak dilupakan selendang dan aksesori klasik di kepalanya!

See also
Rencana GLAM: Fashion Upstarts!

Aisha Retno

 

Gambar: Instagram Aisha Retno