Aisha Retno dan Ramai Lagi Tampil Dengan Kuku Cantik Di Parti EH!
kuku cantik

Selebriti dan Tetamu di Parti EH! Tampil Dengan Kuku Cantik!

Jika hendak ke acara liburan, bukan sahaja pilihan baju menjadi perhatian, kuku cantik juga diperhatikan. Jom lihat selebriti seperti Aisha Retno dan tetamu-tetamu lain yang hadir dengan gaya kuku cantik!

Tema pada parti majalah EH! malam yang lalu adalah denim. Sudah tentu ramai yang mahu bergaya cantik, sambil padu-padan aksesori, solekan dan rambut paling sesuai untuk digayakan pada malam parti tahunan EH! ini. Mata kami melihat siapakah yang memiliki tatarias kuku cantik. Selain tampil dengan beauty look yang luar biasa digayakan tetamu-tetamu generasi muda ini, kami terpegun melihat pilihan gaya kuku mereka. Ayuh lihat!

Tata Rias Kuku Cantik Pilihan GLAM di Parti EH!

#1 Harissa Adlynn Halim

Gadis kenit dan manis ini menarik perhatian kami. Harissa adalah merupakan seorang pelakon baharu yang memiliki bakat amat besar. Melihat gayanya yang cukup cool membawa watak gadis-gadis era Y2K. Kami bertanyakan padanya, mengapa memilih padanan kuku cantik rona ungu gaya monokrom ini untuk disuntik pada keseluruhan gayanya,

“Jika dilihat dengan teliti, kuku tampal yang saya gayakan ini adalah sebenarnya bergaya metalik monokrom. Dan saya pula memilih untuk menggayakan busana berkonsep Y2K, jadi saya rasakan kombinasi ini amat padan sekali.”

kuku cantik

#2 Athina Kamarudin

Senantiasa cantik, memilih rona kuku cantik merah yang pada kami amat padan sekali dengan gaya keseluruhan wanita ini. Lihatlah bagaimana Athina memadu gaun denim dengan solekan klasik glamor bermata smoky, cukup seksi!

“Saya memilih rona kuku ini adalah kerana sejujurnya saya tidak pernah memadan rona merah bersama gaya denim. Saya selalu akan memadu kuku rona light apabila mengenakan denim. Ini adalah sesuatu yang baharu untuk saya dan saya sukakannya!”

kuku cantik

#3 Kuku Cantik Yazmin Aziz

Wanita ini juga sering tampil bersiap dan amat mementingkan penampilan diri dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Ke mana sahaja GLAM bertemu wanita ini, pasti sering tampil dengan paduan kuku cantik memikat mata yang memandang. Kali ini Yazmin memilih rona lembut merah jambu dengan sentuhan magnetic glitters yang kini semakin menjadi pilihan ramai.

“Bukan sahaja kala menggayakan denim, rona ini sebenarnya mampu dipadankan dengan semua busana yang saya gayakan secara harian. Memberi gaya manis namun dalam pada masa yang sama kekal classy pada sesiapa sahaja yang memandang.”

kuku cantik

#4 Razin Mohd

Memilih quite luxury kala bergaya, ini ternyata dapat dilihat pada tatarias kuku cantik oleh tetamu yang hadir, Razin Mohd. GLAM tertarik dengan gaya kukunya yang begitu bersahaja. Tampak seperti tidak memakai apa-apa, namun sebenarnya jika dilihat dengan teliti, Razin menggayakan rona natural dengan suntikan rona merah jambu lembut untuk menyerlahkan lagi efek kuku segar dan sihat.

“Sebagai seorang lelaki, saya tidak mahukan sesuatu yang terlalu obvious sehingga kelihatan tidak kena dengan personaliti saya. Oleh kerana itu, saya sukakan sesuatu yang tidak keterlaluan dan tampak lebih natural.”

kuku cantik

#5 Aisha Retno

Penyanyi yang turut membuat persembahan pada malam itu, Aisha Retno, tampil cukup bertenaga di atas juga di luar pentas. GLAM sangat tertarik dengan gaya paduan kuku cantiknya bersama busana juga solekannya pada malam itu. Memilih rona biru buat tatarias kuku, kami bertanyakan kepada Aisha mengapa dia memilih reka kuku begitu,

Stylist saya yang banyak membantu dalam soal penggayaan saya termasuklah tatarias kuku ini. Bersama tema malam ini iaitu denim juga suntikan nusantara Y2K, stylist saya jugalah yang mereka setiap perincian pada kuku saya malam ini. Saya percayakan dia dan sangat menyukai look keseluruhan saya pada malam ini.”

kuku cantik