Penjagaan Kuku: Ini Cara Terbaik Untuk Dapatkan Kuku Sihat

Petua Mudah Penjagaan Kuku Sihat & Tidak Rapuh

Ramai yang beranggapan penjagaan kuku tidak sepenting seperti penjagaan muka. Tahukah anda bahawa kuku sebenarnya boleh mengalami masalah seperti kusam, kuning dan rapuh jika tidak dijaga dengan baik? Kali ini GLAM ingin berkongsi petua penjagaan kuku yang sihat.

Kuku jari anda terdiri daripada lapisan protein yang dipanggil keratin. Ia tumbuh dari kawasan di pangkal kuku di bawah kutikel anda. Kutikel kuku adalah lapisan tipis kulit mati yang terletak di pangkal sisi-sisi kuku. Kuku jari yang sihat adalah licin tanpa lubang atau alur. Ia seragam dalam warna dan konsisten serta bebas daripada bintik atau perubahan warna.

Apabila sel baru tumbuh, sel-sel lama ditolak keluar ke arah hujung jari dalam bentuk lapisan keratin yang tebal dan keras. Sel-sel lama ini adalah sel yang sudah mati, sebab ini anda tidak akan berasa sakit apabila memotongnya.

7 Tips Penjagaan Kuku Untuk Kekal Sihat

Siapa tidak mahu kuku cantik dan berkilat semulajadi bukan? Sebenarnya, terdapat banyak petua-petua hebat yang boleh diaplikasikan untuk mendapatkan kuku yang bersih dan cantik. Mari bersama GLAM, kita terokai beberapa rahsia untuk memiliki kuku yang cantik dan berkilat.

See also
Elemen "Parisian Chic" Menjadi Tema Utama Gaya Jalanan Paris Fashion Week

1. Minyak Zaitun

Minyak zaitun yang biasa digunakan dalam masakan sebenarnya boleh digunakan untuk menjaga kuku anda. Mudah sahaja, campurkan 1 sudu besar minyak zaitun dengan jus lemon, kemudian sapukan pada kuku anda sehingga rata.

Anda juga boleh mengurut jari anda dengan lembut, kerana minyak zaitun membekalkan nutrien yang baik untuk kuku kekal sihat dan tidak kusam.

Penggunaan minyak zaitun sebagai penjagaan kuku elok untuk kuku kekal sihat

2. Minum Susu

Jika anda mendapati di dalam kuku anda mempunyai warna putih, ini berkemungkinan kuku anda kekurangan zink. Satu tip penjagaan kuku untuk memulihkan kuku yang sihat seperti dahulu, kami cadangkan anda minum susu segar dan makan makanan yang kaya dengan zink.

Minum susu sebagai penjagaan kuku mampu tambah zink agar kuku tidak rapuh

3. Lidah Buaya Atau Aloe Vera

Lidah buaya atau aloe vera boleh menjadikan kuku anda lebih berkilat kerana kandungan vitamin yang ada di dalam lidah buaya sebenarnya boleh menjadikan kuku anda lebih berkilat.

Caranya sangat mudah, iaitu dengan mengambil sebatang lidah buaya, basuh serta bersihkan dan sapukan getah pada kuku anda. Jika anda mahukan kuku anda berkilat dalam masa seminggu, lakukan secara rutin.

4. Menjaga Kutikel

Tahukah anda bahawa kutikel kuku sebenarnya melindungi kawasan sekitar bahagian bawah kuku? Jika anda membuangnya, ia akan lebih mudah untuk bakteria menjangkiti kawasan tersebut.

See also
Fenty Beauty Is Coming Very Soon!

Kutikel boleh ditolak atau dipotong dengan lembut dan perlulah berhati-hati supaya tidak mencederakan kutikel anda. Jika terlalu kasar, ia boleh merosakkan kuku dan melemahkan kuku anda.

Cara yang mudah, sekali seminggu selepas mandi, tolak perlahan-lahan kutikel ke belakang dengan menggunakan kayu khas dan sapukan losyen supaya ia kelihatan lebih lembut dan kemas. Jadi anda harus sentiasa ingat tips penjagaan kuku ini.

penjagaan kuku

5. Potong Kuku

Anda perlu sentisa peka terhadap pertumbuhan kuku anda, dan jangan membiarkan ia panjang melebihi isi jari anda. Sebaik-baiknya, potong kuku dengan meninggalkan sedikit kuku putih di hujungnya. Sekiranya jika anda potong kuku terlalu pendek, ia boleh menyebabkan kecederaan pada jari dan kuku anda.

6. Minyak Kelapa

Selain minyak zaitun, minyak kelapa juga pilihan yang bagus untuk digunakan sebagai penjagaan kuku, kerana ia boleh menguatkan kuku anda serta menguatkan kuku agar tidak mudah rapuh dan meningkatkan peredaran darah.

Cara menggunakan rawatan ini, campurkan 1 sudu besar minyak kelapa dan campurkan dengan air suam lalu sapukan campuran ini pada kuku anda. Untuk mendapatkan hasil kuku yang sihat, selepas anda sapukan campuran, anda perlu mengurut secara perlahan-lahan.

See also
Cathay Pacific Memperkenalkan Airbus A350-1000 Pertama Mereka Di Hong Kong

7. Jangan Gigit Kuku

Menggigit kuku anda boleh merengsakan kulit dan juga menyebabkan kutikel anda terkena jangkitan. Ia boleh merosakkan kuku anda dan kulit di sekelilingnya. Malah luka kecil pada kuku anda boleh mengakibatkan jangkitan kerana mempunyai bakteria dan kulat. 

penjagaan kuku

Jangan ambil mudah tentang apa-apa perubahan dalam warna, rupa dan bentuk kuku anda kerana ia boleh menjadi tanda atau gejala keadaan serius seperti anemia, masalah jantung, psoriasis, kegagalan hati, kencing manis atau mungkin kekurangan zat.

Namun, tidak semua keadaan kuku adalah normal. Anda perlu rujuk doktor atau pakar dermatologi jika menyedari sebarang perubahan pada kuku seperti berikut:

  • Perubahan warna kuku seperti garisan gelap
  • Kuku menjadi nipis atau tebal
  • Kuku terpisah daripada kulit
  • Pendarahan kuku
  • Kuku sukar untuk tumbuh

Dengan penjagaan kuku yang tetap, pastinya kuku anda akan kelihatan lebih menawan dan tidak mudah rapuh!

Artikel Berkaitan : Lihat Kuku Anda Dan Kenali Penyakit Berkaitan!