Datin X: Groom Anak-Anak Perempuan - Glam Malaysia

Datin X: Groom Anak-Anak Perempuan

datinx2

Bak kata pujangga Inggeris, behind every great man there stands a woman. Datin X setuju sangat. Sekarang ni kalau kita tengok isteri-isteri lelaki berpangkat, dalam 10 mungkin cuma seorang sahaja kut yang keluar bekerja (setakat letak nama dalam syarikat suami dan datang ‘board meeting’ setahun sekali tu kita tak payah kiralah ya!) Kalau pun isteri itu sekadar suri rumah tangga saja, Datin X nasihatkan usah pandang dia sebelah mata. Jangan ingat kerja dia jadi jaga kat rumah saja.
 
Sebab selain menguruskan keluarga, rumah, makan pakai untuk anak-anak semua, dalam tangan dia juga ada kuasa untuk mempengaruhi sang suami. Lelaki yang berjaya biasanya memiliki isteri yang selalu mendorongnya untuk lebih berjaya lagi, sekalipun memerlukan dia berkorban demi melihat suami mengecapi apa yang dihajati.
 
Pada Datin X, isteri sebegini seorang visionary… dia berpandangan jauh dan mengatur langkahnya dengan licik sekali. Kalau nak legasi perniagaan suami terus kekal, dia tahu yang dia perlu menyambung silaturrahim kekeluargaan dengan keluarga lain yang sama berkuasa atau lagi bagus, lebih berpengaruh. Barulah bisnes suami lebh maju dan berkembang. Maksudnya, kahwinkan anak ke dalam keluarga yang bagus. Nak buat bisnes pun senang, nak panjat social ladder pun mudah. Barulah masa depan keluarga dan keturunan terjamin. Or so they say.
 
Suriani dulu bertugas sebagai guru. Bila bisnes suami mula menampakkan hasilnya, suami minta dia duduk rumah jaga ketiga-tiga anak perempuan mereka yang ketika itu masih remaja. Selang dua tiga tahun lepas, ‘status’ Suriani pula tiba-tiba diangkat menjadi Datin. Bertemu dengannya baru-baru ini, dia masih Suriani yang Datin X kenali dulu. Baik hati, manis mulut, ambitious.
 
Walaupun dia sekarang hanya suri rumah sepenuh masa, Suriani nampaknya lebih sibuk dari orang bekerja. Dia akui ada agenda sendiri. Katanya, dia selalu melayan anak-anak gadisnya melaram, melawa; pergi spa, salun malah selalu menemani mereka ke majlis-majlis sosial sekitar Kuala Lumpur. Cerita Suriani lagi, sampaikan anak-anaknya rimas dan kadangkala disuruhnya tunggu di kafe mana-mana menanti acara selesai.
 
Tanya Datin X, anak dah besar panjang dan tahu jaga diri, why do you want to go through all the trouble? Jawab Suriani berdolak-dalih. “Bertahun my husband susah-susah cari projek itu ini, dah banyak saya bergolok-gadai, finally menjadi juga. Sekarang ni bolehlah kata hidup agak senang tapi bila-bila masa pun boleh jatuh balik Datin…” Dari atur kata dan air muka Surinani tadi, Datin X seperti dapat membaca apa yang tersirat.
 
Menegokkan anak-anak perempuannya yang memang semuanya lawa-lawa belaka, well-groomed, well-versed dan sungguh pandai membawa diri, teka Datin X, Datin Suriani ni menanam cita-cita mahu mengahwinkan anak-anaknya kepada keluarga berharta. Old money… ada harta, ada status, ada nama. Dapat tangkap satu sudah cukup. Kata orang, senang tujuh keturunan!
 
Patutlah Datin X tengok anak-anak Suriani ni asyik tayang muka di hampir kesemua majlis-majlis high society. Mereka bertiga betul-betul pasang badan. Rupa-rupanya tengah atur langkah untuk menarik perhatian anak-anak teruna yang kononnya most eligible bachelors… itu kata oranglah! Tapi kalau dapat sangkut satu, hmm… senanglah hidup Suriani anak-beranak kena tempiasnya. Marrying into money bunyinya agak jelek tapi ini strategi biasa untuk memperkukuhkan perniagaan keluarga.
 
Ramai yang Datin X kenal mengamalkannya, dalam sedar atau tak. Masing-masing cuba nak matchmake anak-anak dengan keluarga yang memberi kepentingan tertentu. Ada cerita satu pasangan ini ditemukan oleh keluarga masing-masing, kemudian saling jatuh cinta dan hampir nak kahwin. Tapi disebabkan bisnes bapa si lelaki ni tiba-tiba jatuh merudum, rancangan perkahwinan terus terbatal. Kasihan!
 
 

See also
Datin X: Ego Wanita Berkuasa