Retorik: Jangan Sampai Deria Jadi Mati- oleh Amir Luqman
Oleh: Amir Luqman
Karpet merah menjadi medan buat pereka yang ghairah menerajui barisan hadapan industri fesyen Malaysia. Jelas kelihatan kelompok ‘pereka dunia kedua’ mengganas bersaing sementelah ‘pereka dunia pertama’ diam di sebalik tirai sutera, lebih fokus dengan strategi perjuangan sendiri. Melalui ideologi peperangan karpet merah inilah yang membuka laluan lebih ramai pereka mara ke hadapan tanpa mengenal elemen kualiti berbanding kuantiti.
Dengan ini kelihatan perebutan siapa yang dapat menakluki artis terus berada di papan atas. Meninggalkan nama-nama tersisa buat ‘pereka dunia ketiga’ yang berharap untuk berkarya dengan niat setitik tinta bakal mencalit di lembaran fesyen dan hiburan. Ini realiti.
Sogokan ini memberi impak positif juga sebaliknya dalam industri kita. Industri membesar seraya membuka laluan kepada nama-nama baru. Namun kebanjiran helaian yang diangkat sebagai couture di atas kerpet merah ini menyaksikan hatuhnya kualiti rekaan dan hasil kerja. Kerana taksub mengejar nama, manusia yang tak pernah sempurna sering memandang enteng perihal kualiti rekaan, fabrik dan hasil kerja. Maka hasilnya; berjejeran kreativiti yang menyakitkan mata lantas menjejas nama industri di masa luar. Ya, memang setiap kita mempunyai pendapat dan cita rasa sendiri tapa takkan hanya berbangga menjadi jaguh kampung?
Penajaan merupakan salah satu jalur pemasaran yang efektif tapi lebih afdal andai ia seiring dengan kualiti yang menjamin kedudukan Malaysia sebagai salah satu pusat fesyen dunia.
Kalau kita lihat senario di Barat, artis melalui karpet merah menyarung helaian runway, itulah tujuan sebenar minggu fesyen. Memapar koleksi sesuai musim dan helaian itu dijadikan medium promosi dan publisiti.
Pemilihan selebriti juga sesuai rekaan. Bukan sekadar tangkap muat. Ingat… you have to wear the dress not the dress wears you.‘ Di Malaysia, artis dimanjakan dengan sogokan yang tak bertauliah. Saya tidak menentang tapi dari aspek ekonomi, rantaian antara industri sedikit cacat. Lebih menyedihkan yang dikatakan artis most highly paid tidak dapat menjana pengaliran ekonomi negara, itu tidak berlaku di negara lain. Kita dapat melihat fenomena artis Malaysia pakai apa sahaja asal percuma. Tidak pernah ambil tahu fabrik ataupun potongan, sesuai atau tidak. maka relevan rekaan tidak pernah menjadi isu. Lantas anda dihambur peneliti fesyen. Tapi itu tidak menjejas perasaan atau emosi atas dasar tamakkan sogokan.
Sesuatu yang lebih memalukan pabila ada segelintir artis yang berasa diri ikon fesyen negara. Apakah hujah yang dapat menyokongnya? Andai dengan memiliki setiap beg ikonik dan berkejaran mendapatkan ‘IT Bag’ setiap musim tapi menyarung baju tajaan secara percuma apakah itu bukti anda menjana ekonomi fesyen negara? Saya tidak sesekali seteru jenama gah antarabangsa malah saya seorang peminat struktur galur sepatu Giuseppe Zanotti juga mengagumi Kelly sebagai tas tangan dan juga dirinya. Tapi keseimbangan dalam berfesyen, sokongan terhadap produk pereka tempatan adalah wajib.
Saya kagum dengan sumbangan Camelia, Datin Sri Tiara Jacquelina dan juga Kavitha Sidhu. They know what they want in fashion, and they buy!
Tidak ramai yang sanggup berhabis wang ringgit untuk pereka tempatan.
Sama anda ‘pereka dunia pertama, kedua mahupun ketiga’, yang penting adalah untuk membangunkan industri fesyen negara ke tahap yang membanggakan. Lebih ikhlas mendalami potensi diri dari memupuk perpecahan dan perasaan dengki. Lebih teliti dalam kualiti rekaan. Jangan hanya sekadar mengejar populariti.
Saya melihat kita harus jadikan minggu fesyen sebagai medan ekspresi kreativiti dan bukan acara karpet merah semata. Pereka fesyen negara cenderung menghasilkan helaian glamor dan tidak pernah mengasah bakat untuk sesuatu yang praktik. Akhirnya, semua terperuk menjadi pereka pengantin. Cuba keluar dari kepompong dan melihat peluang pada skop yang lebih luas. Setiap hari orang tidak pakai baju pengantin dan dress meleret perincian. Kita patut merebut pasaran ready-to-wear yang selamanya ini dimonopoli oleh jenama luar.
Anda perlu give and take. Jangan menadah sogokan sahaja.Marilah saling membantu menaik taraf ekonomi. Anda bekerja dan dibayar. Industri fesyen negara mulai tenat kualiti jangan kita mengejar mengejar populariti sampai deria pun jadi mati, kita mahu makan apa nanti? Ini pesan buat kita semua supaya berhati-hati.
AMIR LUQMAN pereka fesyen kelahiran Kelantan ini, menuntut ilmu fesyennya di IFTC. Pengalaman bekerja bersama Anne Avantie dari Indonesia dan hasil rekaanya pernah ditontonkan di kota hiburan popular, Las Vegas, Amerika Syarikat untuk digayakan oleh Miss Universe Malaysia 2010, nadine Thomas. Pereka ini pernah dianugerahkan BDA Designer of The Year pada 2011 dan 2012. Selain itu, Amir Luqman turut aktif menyumbang ilhamnya dalam arena perfileman, teater serta muzik tanah air. Sila e-mel pendapat peribadi anda kepada [email protected].
Sorotan Lain
Artikel Berkaitan
Ungu Warna Terbaik Pengaruhi Rutin Seks
BY Wan Firdaus
Apr 16, 2020
Retorik: Belenggu Budaya Menghukum dan Membenci
BY Fara Adilla
Apr 16, 2020
Retorik: Industri Fesyen Lokal dan Masa Depannya
BY Fara Adilla
Apr 02, 2020
Pregnancy Sex: Is It Safe?
BY Wan Firdaus
Mar 27, 2020
Retorik: Tekanan Media Sosial Membawa Kepada Kemurungan?
BY Fara Adilla
Mar 25, 2020
Retorik – Membunuh Kebahagiaan Dalam Diam
BY Fara Adilla
Mar 20, 2020
Checklist Seks ‘Before & After’- Bahagian 2
BY Wan Firdaus
Mar 17, 2020
Pilihan Bacaan Seterusnya
Fesyen
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
BY Syahirah Hussain
Jul 08, 2026
Fesyen
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
BY Tyraa Bahari
Jul 08, 2026
Gaya Hidup
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
BY Izzati Hailizam
Jul 08, 2026
Cantik
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
BY Tyraa Bahari
Jul 08, 2026
Cantik
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
BY Syafiqah Alkaf
Jul 08, 2026
Fesyen
Prada x Gentle Monster Lancar Koleksi Kacamata Eksklusif
BY Tyraa Bahari
Jul 08, 2026
Fesyen
Menelusuri Pop-up Dior Fall 2026 Di Pavilion KL
BY Syahirah Hussain
Jul 07, 2026
Cantik
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
BY Syafiqah Alkaf
Jul 07, 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Terima yang terbaik dari dunia Glam!
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.

