Datin X: So What Kalau Beli Beg Secondhand!

Datin X: So What Kalau Beli Beg Secondhand!

Datin X
 
“Berapa banyak handbag lagi you hendak beli?” suami saya merungut. “Tak kan setiap baju satu handbag,” sambungnya satu petang sedang saya melakukan spring cleaning. Masa itu saya baru sahaja mengeluarkan segala isi perut almari lima pintu itu. Dan melonggokkan beg di satu sudut, kain baju di sudut lain. Dan melihat longgokan itu, baru tersedar boleh tahan juga saya ini membeli. Kadang-kadang kita tidak perasan apa yang ada di dalam. Ada baju I langsung tak pernah dipakai, ada beg lepas beli terus simpan, konon sayang dan kemudian terlupa. Bila Datuk bising, saya pun rasa membazir jugalah.
 
“Kalau abang kata Yah membazir, sebenarnya tidak. Kawan-kawan Datin yang lain, seribu kali ganda apa yang Yah ada.” Dan memang pun betul, kawan saya seperti Datin Maimun, Datin Linda, Datin Aishah menggila beli beg. Kalau Datin Maimun beli, Datin Linda mesti nak beli, dan beli yang lebih mahal lagi. Memang nampak hendak berlawan dan menunjuk-nunjuk. Teringat bila mana Datin Brenda tayang depan muka saya Chanel 2.25nya. “This is expensive you know? My husband bought this from Paris, even in Paris less than 10 pieces tau.” “Datin, namanya pun limited edition,” saya membalas cakapnya, lagi pun tidak kuasa hendak memanjangkan cerita. Tapi dalam hati berkata lagi, “So what are you trying to tell, you’re richer than me?”
 
“Lebih baik you sedekahkan duit itu pada mangsa gempa bumi, daripada beli dan guna sekali dua,” teringat bebel Datuk saya itu. Macamlah saya ini menghabiskan duitnya. Macamlah beg tangan saya ini banyak sangat. Sesetengahnya pun bukan yang branded. “Tolong… aku beli duit sendirilah,” jerit di hati.
 
Betul hari itu membosankan. Apabila Datuk membebel, saya hilang mood mengemas. Dan rasa macam hendak suruh saja dia balik ke rumah bini mudanya. Hey orang di sana tak beli beg ke? Bagus jugalah kalau laki aku kedekut, padan muka dia tak dapat melaram, sebab aku beli dengan duit sendiri. Sana punya orang sudah tak bekerja, konon hendak jadi ibu mithali, nak jaga anak sendiri. Sudahlah kalau diceraikan laki tak makanlah dia. Eh-eh saya ini meleret ke cerita lain pula. Biasalah orang bermadu, sensitif tak tentu fasal.
 
Belum habis cerita saya mengenai Datin Brenda tadi.  Setiap kali pakai beg, dia kata lakinya beli dekat Paris, London, New York tapi saya selalu syak wasangka. Rupa pun tak baru mana. Dan kadang-kala katanya, “Beg-beg ini buruk dalam simpanan,” Tapi Datin X yang penyibuk ini tidak berapa percaya sebab kenal dia sudah lama. Bukan hal ketulenan handbag itu, rasa-rasa ‘ori’ tapi design lama. Walau bagaimanapun cerita beli di Paris, New York saya kurang percaya. Dan rahsianya terbongkar juga apabila saya terserempak dia dan kawan baiknya di secondhand shop. Habis rahsia kamu Datin Brenda!
 
So ladies, ceritanya Datin Brenda, Datin Zee dan Datin Seri Rina serta semua gengnya selalu ke Plaza Damas beli beg secondhand. Sebab satu hari saya ke Plaza Damas pergi treatment di Biogenesis. Habis treatment saya teringatkan ada kawan kata dekat Plaza Damas banyak secondhand shop barangan berjenama seperti di Milan Station, Hong Kong. Saya pernah juga menjejaki Milan Station itu, tidaklah murah mana tetapi barangannya baru-baru belaka. Di Hong Kong, Tai-Tai, selebriti yang kaya raya beli dan jual semula untuk beli yang lebih baru.
 
Okay, bila saya masuk, Datin Brenda dan Datin Zee macam terkejut ‘monyet’. “Kami ke sini nak tinjau-tinjau, pada tak pakai, baik jual,” tiba-tiba dia memberitahu. Dalam hati kata tak tanya pun. Kemudian tanpa banyak cakap mereka bergegas keluar. “Sorry Datin, suami-suami kami tunggu dekat one of the restaurant for lunch.” Hem… tak payahlah nak tipu.
 
Itulah yang membuat saya ini menyampah dengan sesetengah Datin. Ada yang perasan dia saja yang ada kelas, kaya bergaya. Ada yang tidak boleh lihat orang senang dan mulalah bawa mulut mengata. Ada yang mengaku travel sana sini dan konon beli kat serata dunia walhal sesetengahnya pinjam atau secondhand. Kalau ya pun beli di tempat secondhand, why not? Apa yang hendak dimalukan. Kalau murah sampai 40 peratus atau lebih, kalau teringin sangat mengapa tidak? Tapi bila sorok-sorok beli dan buat pula cerita lebih-lebih, bukan sahaja Datin X naik meluat, semua orang geli mendengarnya. Sebenarnya pun tak perlu cerita apa-apa, kalau setakat LV Alma monogram atau Chanel Klasik 2.25 pun biasa saja. Tak payah nak tayang, just wear it with style.. okay Datin!
 
Back to my story mengenai kawan-kawan saya yang ‘gila’ beli beg, kalau kau orang banyak duit go ahead. Kau orang punya duit, kau orang buatlah apa yang disuka. Dan tolonglah tidak payah hendak berlawan-lawan dengan sesiapa juapun. Kalau anda rasa anda kaya, ada orang yang lebih kaya daripada anda, betul tak? Pada saya, beli sebab suka. Kalau hendak beli yang serupa ke, mahal ke, murah ke, warna sama ke atau apa pun, apa pula nak marah, kedai itu bukan buat satu saja kecuali ditempah khas. Ya, banyak lagi yang saya nak cerita tapi eloklah berhenti di sini saja…
 
*Dipetik dari GLAM Mac 2010
 
 

See also
Gisele Bundchen Besara Dari Pentas Peragaan