DATIN X: Bomohkan Menantu Sendiri Kerana Geram Curang Dengan Bohsia Klang
Habis sahaja solat, bacaan doa disusuli dengan selawat, Datin X termenung…. Lama tak lama, dalam 15 minit juga. Sambil memandang gambar Kaabah yang ditenun atas sejadah, teringat masa-masa indah menunaikan Haji bersama suami, lamunan diragut free-free saja dengan panggilan telefon. Timbul nama Rohana. Eh! Lama betul nama ni tak call Datin X. Rohana ni kenalan lama. Selepas kahwin muda, Rohana dah lama menyendiri. Tapi berita tentang pangkatnya berubah-berubah dua tiga kali. Dari Datin upgrade ke Puan Sri, eh lepas beberapa tahun downgrade balik ke Datin sahaja sampai ke telinga. Datin Rohana ni bertuah orangnya, walaupun sedikit gempal, raut wajahnya manis laris. Khabarnya pantang sahaja dicerai, belum sempat habis edah ramai sahaja lelaki hidung belang mendekatinya. Orang Pantai timur, asal keluarga bijak yang berniaga sejak muda. ”Hello you, apa khabar…” Datin Rohana membuka bicara – suaranya sedikit resah. “Ya, babe… kenapa?” sapa saya perlahan. “Menantu I buat hal… dia bermain cinta dengan betina kelab malam!” ujarnya dalam nada geram. Pertama kali telinga saya mendengar aduan mengenai menantu Datin Rohana, si Alfian. Tak ada angin, tak ada rebut, ada-ada sahaja masalah aneh. Alfian ni selalunya tak boleh duduk jauh dengan Mimi – anak bongsunya. Tapi sejak kebelakangan ini hidup mereka entah mengapa macam kena taufan. “Sampai hati dia buat anak I macam itu. Dah la pasang girlfriend, siap bagi nafkah mingguan tau. Mimi tu macam tunggul dibuatnya, asal ladies night saja, Alfian selalu balik lewat malam, bau rokok, bau arak tu tak payah cerita, itu biasa. Ada satu malam kantoi kuat bau minyak wangi perempuan,” sambungnya sebak. “You boleh tolong I? You ada kenal ke siapa-siapa yang pandai hal-hal bomoh ni, dukun yang selalu I guna dulu macam dah tak berkesan,” sambung Datin Rohana. Mengucap panjang Datin X dalam hati, mana tidak kalau marah sekali pun, sanggup dia bersubahat dengan bomoh. Selesai berbual, Datin X cuba positifkan diri, masih lagi cuba menasihatkan Datin Rohana dengan beberapa teks WhatsApp untuk cuba bersikap terbuka. Demi memulihkan sebuah hubungan perkahwinan yang suci berlandaskan cinta bukanya dengan percaya hal-hal bomoh. Seperkara di luar jangkaan saya, kerenah Datin Rohana yang kaki bomoh. Padahal dia berpenampilan sangat moden, bukan lagi orang kaya kolot bergaya makcik-makcik. Teks Datin X dibalas OK (caplock) seakan tidak puas hati. Selang beberapa hari, Datin Rohana telefon lagi, diajaknya Datin X teman dia mandi bunga. Ikutkan hati Datin X malas nak bersubahat tapi mengenangkan kawan lama dalam keadaan terdesak, diikutkan sahaja karenahnya. “You, benda-benda macam ni ‘menjadi’ kalau buat hari khamis malam jumaat,” sambung Datin Rohana excited. Dalam kereta, mungkin drivernya bukan yang biasa, jadi Datin Rohana berani sikit-sikit buka bercerita. Dia sekarang kalau nak kemana-mana akan pastikan kereta bertukar-tukar (semua disewa) untuk elak dikesan. Dalam hati Datin X, licik juga perempuan ni. Sejak bercerai dengan Tan Sri Samad dia sudah patah hati betul dengan lelaki. Apa sahaja yang bekas suaminya mahu diturutkan sampai dia sanggup ikat rahim. Tan Sri Samad diam-diam pasang dua. Lepas dah pasang mistress, bayang pun tak nampak, balik hanya untuk tidur sahaja. Rasa kecewa, rasa hampa itu membuatkan dia hilang arah tujuan hidup. Selepas cerai, dia kenal pula dengan Dato muda, duda. Selang beberapa tahun bahagia, pun kena sondol juga. Tapi kata Datin Rohana mujur dia dah ikat nafsu suaminya. Kalau tak pisang dah berbuah berkali-kali. Ha lepas dengar cerita tragis ini barulah Datin X paham kenapa Rohana ni obses sangat dengan kuasa mak esah. Katanya hidup dia makin tenang lepas ada ‘bantuan’. Sampai tempat dijanjikan, Datin X minta jasa baik Datin Rohana untuk tunggu dalam kereta sahaja. Datin X dah teman sejauh ini, cukuplah dan selebihnya dia uruskan sendiri. Selepas dua minggu, Datin Rohana telefon balik. Nada suaranya agak ceria, tebak Datin X agaknya dah berjaya gamaknya. “Babe… everything is under control now. Si Alfian dah makin berubah. I dah bagi letak dalam makanan dia! Sekarang dia dah kurang layan betina Klang tu. Pagi pergi kerja dan selepas itu balik rumah spend time dengan Mimi. Asal malam saja dia dah tak nak keluar.” Haaaa… terkedu Datin X, dalam percaya tak percaya, ingatkan sekadar bagi Mimi mandi bunga. Tak sangka tahap bagi makan, benda-benda macam ini memang ada. “So, since semua dah under controlled.” balas Datin X. “Eh, I dah janji dengan bomoh tu, I kena teruskan mandi bunga dua minggu sekali tempat dia dan untuk menantu I tu, I kena ‘top up’ sampai la dia lupakan sepenuhnya betina tu, I akan make sure dia let go semua, baru hati I tenang!” Habis bercakap dengan Datin Rohana, Datin X rasa bersalah dalam hati. Baca lanjut di GLAM MAC 2025.
Artikel berkaitan: DATIN X: Penangan Takun ‘Liquid Gold’ Datin Meroyan