Gambar: Arkib GLAM
Kawan Datin X, Salina, punya jawatan besar dalam sebuah syarikat multinasional. Umurnya sudah menghampiri angka 40 tapi masih solo. Muka boleh tahan tapi body memang hot sebab dia ni gym freak. Kata Salina, jodoh semacam berat nak lekat padanya. “Kalau I nak sesuatu, I’ll work hard for it. You know me! Tak kiralah dalam hal kerja atau lelaki. You ingat I tak usaha ke nak make the relationship work? Tapi dah tak boleh nak jadi, nak buat macam mana lagi?” Itulah modal dia kalau dikatakan memilih. Selama mengenali Salina hampir 12 tahun, Datin X akui dia memang tak pernah putus asa bercinta. Macam-macam lelaki dah dia jumpa. Ada yang commitmentphobic, ada yang tipu duit, ada yang tipu kata masih bujang dan macam-macam lagilah.
Datin Nur yang juga teman baik kami, punya pendapat sendiri kalau memberi komen fasal Salina. Hanya sebab dia saja yang single di kalangan kami, ada sahaja yang disangsikan dengan Salina ni. Selalu Nur mengomel mengenai sikap Salina yang mengada-ngada, katanya mesti pasal itu lelaki tidak tahan. Kalau Salina cerita mengenai lelaki yang baru dikenalinya, Nur selalu menyindir sinis. Di belakang Salina, Nur suka melawak menggelar kawannya itu andartu. Hmm! Nak je Datin X ingatkan Nur yang dia tu cuma suri rumah jual charm bracelet je padahal si Salina tu pula corporate figure. Siapa yang patut segan dengan siapa sebenarnya?
Tapi pada satu hari itu, di sebuah parti hari jadi anak seorang kawan, mood Salina tak begitu baik. Nur sudah terlepas cakap. Kata dulang paku serpih, bab mengata orang dia yang lebih-lebih! “Semua datang berlaki sambil belek anak, you je yang lenggang kangkung. Ini datang ni, nak ‘fishing’ lah tu! Bawa-bawalah berubah sebab awak tu bukannya muda lagi. Tukar boyfriend macam tukar baju!” Apalagi, Salina pun naik hantu. “But at least I tak kejar laki orang, I tak pernah harukan hidup orang. Kenapa? You takut I ngorat laki you ke?!” Nur terus buat muka ketat dan beredar sambil mendengus marah.
Bebel Salina pada kami semua, “Dia jangan lupa… dia pun ada anak perempuan juga. Tengoklah besar nanti, I sumpah budak tu kahwin lambat!” Kata-kata bisa Salina itu tadi tak akan Datin X lupa sampai bila-bila. Sebab setelah bertahun kejadian itu berlaku, Datin X perasan, anak perempuan Datin Nur tadi sudah pun masuk usia 30 tapi asyik saja bertukar teman lelaki. Dari satu, ke satu; ada saja yang tak kena. Perkara ini satu hari jadi bualan topik Datin X dan teman-teman. Salina yang baru berkahwin, pun kebetulan ada sama. Dia hanya senyum sinis dan kami semua faham-faham saja.
Artikel Berkaitan
Datin X: Datin Larikan Diri Dengan Bekas Adik Ipar
Datin X: Cintanya Milik Taikun Liquid Gold Sheikh Arab
DATIN X: Bomohkan Menantu Sendiri Kerana Geram Curang Dengan...
Nama Tyra Banks Digugurkan Daripada Dancing With The Stars
Datin X: Affair Di Hujung Usia
GLAM Exposé: Kekayaan Mega Ranap Di Tangan Generasi Kedua
Datin X: Malu Ada Anak Cacat
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
