Datin X: Anak Muda Kini Semakin Bersikap Terbuka
Meluat betul bila dengar cerita-cerita jelik fasal selera sang suami yang syokkan kawan baik anak sendiri. Ada beberapa kisah yang hinggap ke telinga Datin X, tapi tak pernah pula berlaku depan mata. Kalau betul ada, kasihan sungguhlah pada anak dan isteri yang terpaksa berhadapan dengan situasi sebegini. Itulah…percayakan orang berpada-pada. Mana tahu yang baik itulah yang sebenarnya syaitan yang bertopeng manusia.

Membesarkan anak di era ini memang satu cabaran besar. Gejala negatif datang dari segenap arah. Hanya agama yang dapat menangkis anasir buruk dari mempengaruhi jiwa anak-anak kita. Tapi apa pula ceritanya bila ibu bapa sendiri yang defend kerenah anak yang terang-terangan tidak betul? Memang kasihanlah kalau yang tua pun sudah tak dapat nak bezakan yang mana baik dan mana yang buruk. Hanya kerana sayangkan anak, kalau anak buat jahat pun nampak baik semua.
Datin X tak mahu cakap besar tapi Datin X pun ada anak perempuan juga. Dipantau habis-habis pergaulannya, dari aktiviti sekolah sampaikan ke cara berpakaian. Bila dah masuk kolej dan diberi sedikit kebebasan, mula pandai minta permission nak pergi bercuti bersama kawan-kawan. Mentang-mentanglah tiket kapal terbang sekarang semuanya murah-murah. Of course Datin X selidik betul-betul siapa teman yang ikut sekali. Tak mahu dia bergaul rapat dengan budak yang bukan-bukan. Datin X tahu, ramai kawan-kawannya yang bukan main lagi seksi berbikini bila pergi bercuti. Beach holiday kononnya.
Datin X kadangkala rasa pelik mengenangkan kawan-kawan yang begitu alim gayanya, selalu pula bercerita pasal hal-hal keagamaan tapi anak gadis sendiri pakai baju macam tak cukup kain. Kalau pergi holiday tu, mesti pakai bikini dan terbaring tengah panas. Nak kata mahu kulit tanned, diorang sendiri pun pakai bedak seinci kalau nak keluar rumah. Habis, apa tujuannya tu? Sudahlah begitu, pergi bercuti sesama lelaki dan perempuan bercampur, tonggang arak seolah-olah ia tidak mendatangkan dosa. Gambar-gambar semua terpampang di Facebook masing-masing tanpa segan (malah mungkin bangga). Semua orang sudah terlalu terbuka dan sudah tidak ada rasa segan silu. Entah-entah ibu bapa yang menengok pun langsung tidak kisah apatah lagi marah.
Teringat pada satu insiden di parti hari jadi ke-21 anak gadis kawan, bila seseorang dengan beraninya menegur kawan berkenaan kerana membiarkan anaknya (yang juga birthday girl) berpakaian ‘tak senonoh’. Ingatkan teguran itu akan terus menyedarkannya supaya pergi menasihati anaknya tadi, rupa-rupanya tidak. Kawan yang prihatin sangat tadi yang diperlinya dengan suara tinggi. Dimarahinya kerana sibukkan hal keluarga orang, kemudian segalanya diungkit balik. Fasal zaman mudanya yang tidaklah juga macam malaikat, nakal pun boleh tahan. Tergamam si kawan tadi. Jatuh air mukanya sebab ia berlaku depan anak-anak sendiri. Kalau ya pun nak menegur, buatlah belakang-belakang. Tidak perlu nak tunjuk baik tapi memalukan orang.
Artikel Berkaitan
Datin X: Datin Larikan Diri Dengan Bekas Adik Ipar
Datin X: Cintanya Milik Taikun Liquid Gold Sheikh Arab
DATIN X: Bomohkan Menantu Sendiri Kerana Geram Curang Dengan...
Nama Tyra Banks Digugurkan Daripada Dancing With The Stars
Nadi Baru Le Roseau
Towards The Sun
Item Hangat Bottega Veneta Sekarang!
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
