Datin X: Ditahan Sebab Bawa Beg Tiruan - Glam Malaysia

Datin X: Ditahan Sebab Bawa Beg Tiruan

datinx2

Datin X tak kuring gusi ketawa mendengar cerita seorang kawan yang baru pulang dari summer holiday di Paris. Tak sangka masih ada lagi yang berani menjinjing beg immitation ya? Kawan Datin X ni memang vogue, memang dia kaki fesyen. Beg bertukar ganti, bajunya beli di butik-butik mewah saja. Tapi baru-baru ini ceritanya dia ditahan di luar negara. Ini semua gara-gara dia membawa bagasi Louis Vuitton tiruan sewaktu mendarat di Lapangan Terbang Charles De Gaulle, Paris.
 
Bagasi tu saiz kabin. Jadi semasa dia menolaknya melepasi kastam, beberapa orang beruniform mendekatinya, kata mahu periksa lagi beg yang dibawanya. Terpinga-pingalah kawan tu tadi. Bila diberitahu yang pihak berkuasa syak begnya tiruan, apalagi kawan Datin X tu pun play diva dan throw tantrum di tengah-tengah airport. Terus dia diheret masuk ke dalam bilik khas. Nak saja Datin X cakap depan mukanya, heiā€¦ kat Kuala Lumpur je orang kenal you, kat Paris ni siapa peduli you ni bini siapa!
 
Lama juga disoal siasat. Minta resit, logiklah kalau resitnya dah lama dibuang. Ditanya beli di mana, jawapannya Mong Kok, Hong Kong. Ah, habis ceritalah macam tu. Tak dapat settle secara berbincang, kawan Datin X tu mula buat fiil lama. Cuba tutup mulut orang dengan duit. Cepat-cepat suaminya datang menyelamatkan keadaan dengan memberi seribu satu macam alasan. Nasib pihak berkuasa sana termakan dengan pujukan suami tadi. Kalau tak alamatnya meringkuklah kawan Datin X tu dalam lokap di Paris!
 
Tapi bukan itu saja. Kemudiannya dia diarah supaya keluarkan semua barangannya dari beg LV fake tersebut dan masukkan ke dalam beg plastik yang sudah disediakan. Lebih lucu lagi, orang airport merampas beg tiruan itu lalu dikoyak-koyakkannya menggunakan pisau lipat! Terloponglah kawan Datin X tu seakan tak percaya apa yang sedang dilihatnya!
 
 
Dipetik dari GLAM September 2012
 
 

See also
Datuk Sheila Majid Tiga Dekad & Tiada Tandingan