Datin X: Affair Bersama Lelaki Orang Di Luar Negara
Minggu lalu Datin X ke parti hari jadi anak kepada seorang sosialit cantik jelita. Ramailah orang besar-besar di sana yang Datin X kenal by reputation. Memang seronok betul kerja memerhati orang. Kebetulan orang yang sedang duduk di sebelah ini, memang Datin X kenal sangat. Kenal maksudnya biasa dengar cerita mengenai dirinya. Datuk Mariam. “Haih, I ni umur dah nak masuk 60. Entah bilalah nak merasa timang cucu sendiri?” Datuk Mariam mengeluh sendiri. Sampai hari ini belum lagi merasa menimang cucu walau anak tunggalnya sudah bertahun mendirikan rumah tangga. Katanya, pelbagai cara telah mereka usaha. Sampai ke luar negara minta pandangan doktor pakar untuk IVF. Puluh-puluh ribu sudah berhabis namun masih juga tidak berjaya.

Datin X faham sangat kerisauan Datuk Mariam. Anak perempuannya menantu kepada salah seorang usahawan ternama negara tapi gagal melahirkan zuriat. Bukan mahu mempersoalkan takdir, tetapi Datin X faham dengan situasi ini yang mengundang persoalan di kalangan ahli keluarga seterusnya masyarakat sekeliling. Ramai yang jadi penyibuk dan tidak kurang juga yang selalu berteka-teki mengenai anak lelaki Tan Sri itu yang kononnya ada ura-ura mahu berkahwin dua. Walau pahit untuk ditelan, tetapi itulah hakikatnya. Bila sudah masuk keluarga orang berharta, jika tidak seal the deal dengan kehadiran cahaya mata, susahlah nanti esok lusa. Dengar cerita, sekarang ini anak perempuan Datuk Mariam sedang merajuk dengan suaminya dan bawa diri ke London. Kasihan tetapi apakan daya.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Solekan Selalu Bercapuk? Mungkin Ini Salahnya!
Jun 04, 2026
Lagree Megapro Kini Di Eden Social Club
Jun 04, 2026
‘Kombucha vs Matcha’ Minuman Wellness Yang Sesuai Untuk Beri Tenaga
Jun 04, 2026
Siri Netflix Buat Tontonan Hujung Minggu Anda
Jun 04, 2026
Wanita Mengejar Cita – Ummi Nasir, Tyra Kamaruzzaman & Kim May Chee
Jun 03, 2026
Sediakan Popcorn Anda, Ini Filem Terbaru Bulan Jun 2026
Jun 03, 2026
GLAM Weddings: Dua Lipa & Callum Turner
Jun 03, 2026
