
Gambar Aaron Lee/Lenswork Studio
All For Love
Mungkin pada sebilangan, tidak patut ada hari-hari tertentu untuk meraikan cinta kerana cinta itu seharusnya dirai setiap hari, setiap masa; saya kurang setuju. Kadang-kala dalam hidup ini kita perlukan reminder. Kerana sebagai manusia, kita tidak mungkin terlepas daripada kekhilafan, terlupa menghargai cinta yang sedia ada di depan mata. Ada masanya kita perlu berhenti seketika dan kenang kembali sewaktu mula-mula bercinta dan mengapa kita pilih untuk bersamanya. Seperti kata puitis Pablo Neruda, “To feel the love of people whom we love is a fire that feeds our life.” Saya juga percaya, wanita yang berseri wajahnya dan memberi aura positif kepada orang disekelilingnya, adalah wanita yang merasai nikmat dicintai oleh pasangannya.
Dan memang tepat dengan tema cinta bulan Februari, koleksi Love daripada Cartier memberi mesej simbolik mengenai cinta selamanya. Dan secara kebetulan barang kemas terkini itu sudah sedia dipakai oleh jelitawan penghias muka depan bulan ini sewaktu dia melangkah masuk ke set penggambaran.
Sarah Shahdan yang begitu rupawan, turut bergelar usahawan kosmetik jenama Marcella & Co yang kian mendapat tempat di hati pencinta alat solek tanahair. Tuan punya badan berkongsi serba sedikit mengenai peribadinya selain kisah dunia kecantikan yang menjadi tunggak perniagaannya. Sarah sendiri begitu rapi menjaga kecantikan diri dan secara semulajadinya, dia membina jenama kecantikan sendiri. Selain menyelak halaman bulan ini untuk membaca dengan lebih lanjut, anda juga boleh ke lama web GLAM.MY untuk video eksklusif bersama cover girl istimewa ini!

Artikel Berkaitan
Sinergi Hidup Scha Al-Yahya
Bella Astillah Hargai Bahagia Yang Sederhana
Chryseis Tan in Command!
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
Athina Kamarudin, Michelle Frendiaz & Lareeze Galvez: Wa...
Rita Suraya & Rita Nadira: Two Sisters, One Bond
The Lynn Lim Aura: Stylishly and Seriously Joyful!
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.
