Tough Love: Juliana Evans On Fashion, Men, and Settling For The One

Tough Love: Juliana Evans On Fashion, Men, and Settling For The One

Episod pasang surut cintanya sentiasa menjadi buruan pria. Sebagaimana ceritera dongeng yang berakhir dengan penamat bahagia, JULIANA EVANS kini membuka cerita mengenai kerjaya, cinta dan masa depannya.

 

Awal pagi itu, setiap mata di perkarangan Supperclub KL tertumpu padanya. Juliana Evans, 28 atau nama sebenarnya Juliana Sophie Johari Evans langsung tidak menunjukkan reaksi kekok kala gerak gerinya diperhatikan atas bawah. Malah, langkahnya yang confident bersulam sedikit lenggok manja itu membuatkan semua tidak mahu mengalihkan lirikan padanya. Pun begitu, Juliana atau akrab dengan panggilan Jue tidak cepat memberikan reaksi tidak selesa tetapi dibalasnya dengan senyuman dan berlalu. “In general, men do it all the time, a little bit of attention is nice, as long as it’s not a sleazy, ogling kind of attention. That kind of attention is never cool… selalunya saya sentiasa beraksi biasa, but inside I feel completely self conscious,” kata Jue membuka bicara sebaik sahaja saya menyapanya dan dalam masa sama memberikan hint yang dirinya diperhatikan beberapa jejaka. Sambil meletakkan barangan yang dibimbit bersamanya, aura positif yang dilontarkannya membias personaliti yang matang. Malah seakan memahami komitmen kami yang tinggi buat sesi penggambaran kali ini, Jue tidak melengahkan masa, dia bersedia disolek dan didandan secepat yang mungkin. Ya, seawal jam lima pagi krew pengambaran sudah terpacak di lokasi kerana calltime ini telah dipersetujui bersama oleh pihak pengurusan Supperclub KL. Rakaman penggambaran wajah GLAM kali ini sungguh istimewa. Jue tidak bersendirian kerana dia bakal ditemani four hottest male model in town yang bakal beraksi menggayakan sepersalinan Coach musim bunga/panas 2017 bersamanya kali ini. Dan satu persatu daripada jejaka itu muncul di lokasi dan rakaman bermula dari babak di bar minuman, beralih ke powder room, ke lantai dansa, ruang dapur dan akhir sekali aras atas yang menempatkan meja pool. Setiap bidikan nyata mengujakan sesiapa sahaja yang ada di lokasi. Jue tampak tenang, sungguh menggoda dan effortlessly beautiful.

 

ALL GROWN UP Hari ini Jue hadir bersendirian tanpa ditemani ‘prince charming’. Selalunya, dia ditemani oleh pengurus daripada Uprising Entertaiment selaku syarikat yang menguruskan kerjaya seninya sejak beberapa tahun lalu, namun kali ini dia bersendirian. Begitulah rutin anak seni jadual hariannya yang sendat terutama memenuhi temu janji bersama media. Ditemani atau tidak, dia harus memenuhi undangan ke majlis glamor atau sesi fotografi media. Pada pandangan peminat, kehidupan atau rutin mereka ini mungkin nampak glamor tetapi hakikatnya, inilah komitmen yang perlu dijalani demi kelangsungan karier. Sambil menghirup secawan teh yang dibawanya, Jue memberitahu dia kini sibuk dengan penggambaran bersama HBO untuk beberapa program TV dan bersama RTM pula dia bakal mengemudi rancangan Inovasi Hijau yang memaparkan proses menjaga alam sekitar dengan mengitar semula bahan semula jadi. “Tahun ini saya sibuk dengan pelbagai program yang menarik. Dan program kitar semula adalah satu permulaan yang bagus kerana ia dekat di hati saya. Menyebarkan, berkongsi sesuatu yang bersifat ilmiah dan positif sungguh menyeronokkan. Kerana itu saya berasa terpanggil dan bersetuju untuk memikul tanggungjawab ini dan dalam masa sama saya dapat menimba ilmu pengetahuan baru. Menarik bukan?”

See also
Filem Baru Cara Delevingne: The Face of an Angel

 

Jika dihitung daripada hari pertama dia masuk ke gelanggang seni, usia kerjaya seninya sudah lebih daripada 15 tahun. Ia bukan satu tempoh yang singkat. Bermula sebagai pengacara TV pada usia 12 tahun, diberikan kepercayaan untuk memgemudi rancangan TV Remaja menerusi stesen penyiaran TV3 dan detik itu terus memecut. Daripada pengacaraan beralih pada  undangan menjayakan siri TV, dipilih sebagai penghias wajah iklan dan sehinggalah disunting oleh penerbit filem. “Semua percaturan ini banyak memberikan saya pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Dari situ saya belajar bagaimana untuk ‘master’ dalam segenap bidang yang diceburi. Ternyata dunia pengacaraan dan lakonan memberikan saya rezeki yang berlipat ganda.” katanya berterus terang.

 

Pada 2012, nama Juliana Evans hilang dari radar dunia seni dan telah melenyapkan segala gosip nista yang terpalit padanya. Episod ‘membawa diri’ selama tiga tahun kerana memberikan komitmen sepenuhnya kepada pelajaran ternyata berbaloi kala dia berjaya menamatkan program ijazahnya dalam jurusan Filem, Video dan Pengajian Media di Western Michigan University, Amerika Syarikat. Dengar khabar, ratusan ribu ringgit Malaysia telah dilaburkan untuk menanggung kos sara hidup di sana semata-mata untuk memenuhi impiannya mendapatkan segulung ijazah. Pun begitu, pulang ke tanah air, masih ada yang meragui keupayaannya menjayakan sesuatu siri TV dan filem yang dilakonkannya. Tidak melatah dengan ‘tanggapan jelik’ seperti itu, akui Jue “Saya bukan seorang yang tamakkan populariti secara mendadak dan desperate untuk meletakkan diri dikalangan pelakon kelas A baik di Malaysia atau peringkat antarabangsa lebih–lebih lagi dengan kehadiran muka baru yang saban tahun mengisi keperluan permintaan dunia seni tanah air. Saya tidak intimidate kerana saya percaya dengan rezeki yang telah diberikan Allah S.W.T. Perjalanan karier seni saya pada volume yang stabil dan tidak terlalu tergesa-gesa.” Tegas anak bongsu daripada tiga beradik itu lagi yang sentiasa mendapatkan nasihat dan pandangan daripada ibu dan keluarganya mengenai karier seninya. Begitulah juga pendapatnya mengenai impian ke Hollywood. Sejak kebelakangan ini, ada sahaja berita hangat mengenai pelakon lokal cuba mewar-warkan perkhabaran mula disunting pengarah ternama dan bakal mencipta nama di Hollywood. “Prinsip saya jelas. Seandainya itulah ketentuanNya, pasti ada rezeki untuk seseorang itu untuk berjaya di mana-mana, mungkin saya atau sesiapa sahaja. Tiga tahun di perantauan banyak mengajar saya untuk memahami selok belok pasaran dan demand di sana. Saya senang untuk tidak menghebohkan beberapa projek yang akan saya laksanakan di sana, kini ia masih dalam peringkat yang tidak perlu yang hebahkan lagi. Insya-Allah, seandainya ia benar-benar terlaksana satu hari kelak, saya tidak akan sembunyikan berita baik ini kepada semua terutamanya pada GLAM. “There’s no denying Hollywood is a town built on both beauty and connections. But if you’re lacking for either or care about neither there are still small chances to break in. All you need are smarts, tenacity and a large dollop of luck. Oh, and a very thick skin. Even with all of this, there are no guarantees.” Ujarnya dalam nada positif.

See also
Irina Shayk Dikecam Kerana Foto Terbarunya Di Instagram

 

Perbualan kami berlanjutan sehinggakan tidak sedar matahari sudah mula membanjirkan cahaya pemulaannya. Masa pantas berlalu seakan cemburu dengan keakraban kami berkongsi rasa. Soalan demi soalan saya lontar dan akhirnya beralih kepada selera fesyennya. Realitinya, penampilan Jue sebagai selebriti sentiasa diintai dan dihakimi. Dan semakin matang seseorang itu, pasti gaya peribadinya juga bertukar. “Saya selesa mendefinisikan gaya peribadi yang chic, effortless dan tidak terlalu mencuba untuk tampak seksi. Maya Karin dan Sofea Jane sebagai idola saya, sedikit sebanyak apa yang saya cuba potretkan membias gaya dan pesona kedua-dua nama besar ini.” Sejak kebelakangan ini, kelibat Jue pastinya kelihatan di kebanyakan majlis glamor termasuklah fesyen. Tidak perlu pergi jauh, lihat sahaja sesi pengambaran kali ini, dia mendapat perhatian istimewa Coach untuk menggayakan persalinan jenama kelahiran Amerika Syarikat ini berasaskan reputasinya sebagai influncer kepada generasi golongan millennial lebih-lebih lagi dia mempunyai pengikut instagram yang mencecah 656 ribu, pasti ada gayanya yang menjadi ikutan peminat tegar. Pemilihan ini pastinya bertepatan dengan apa yang dijulang oleh Pengarah Kreatif Coach, Stuart Vever buat koleksi musim bunga/panas 2017 yang tampak agresif, berkarakter, fearless dan feminin. “Diberikan peluang untuk dipotretkan di muka hadapan GLAM, yes, on the cover of a magazine! I was thrilled. Dan menggayakan setiap ceraian terkini daripada jenama antarabangsa ini adalah sesuatu yang saya dambakan. Peluang ini bukan hadir dengan mudah, I am just a girl who is passionate about fashion, entertainment and art, so thankful for opportunities like this more than I could ever say.” Ujar Jue kata ditanya mengenai sesi penggambaran hari ini.

 

STATUS BUKAN LAGI RAHSIA Sepanjang bual bicara, Jue sesekali membalas pesanan  ringkas daripada aplikasi whatsappnya. Sempat saya menjeling, riak wajahnya berubah tersipu-sipu. Yes, jerit hati saya untuk mencari ruang masuk ke isu yang hangat diperkatakan ini. Siapa lelakinya? Saya terus meleret panjang meneroka helaian gambar di setiap instagramnya dan ternampak gambar Jue bersama Tengku Adeq atau nama sebenarnya YM Tengku Sharifuddin Shah. “What do you think?” Tangkas Jue menoktahkan gelora hati saya merenung putera hatinya. Perfect! Berketurunan kerabat diraja lagi.” Balas saya. Seperti insan seni lain, Jue pasti lali dengan pertanyaan klise mengenai cinta dan persoalan statusnya. Mungkin dek kerana kerakusan gosip lalu yang berkesudahan dengan reputasi yang tidak enak membuatkan dia selesa berdiam diri dan tidak terlalu terbuka dengan hal peribadinya. Jue pernah berkelana tanpa teman istimewa, tetapi itu dulu. Kini segalanya berubah dan saya mahukan jawapan yang ikhlas daripadanya. Kenapa mahu berahsia? “Saya selesa untuk tidak menghebahkannya. Buat yang tidak mengetahui, saya tidak ada sebab untuk memberikan penjelasanan kerana selain keluarga hanya teman rapat sahaja yang mengetahui mengenai perkara ini. Ada sesetengah perkara perlu saya simpan sebagai kisah peribadi. We don’t owe anyone an explanation. Adakalanya media masa kini sering melaporkan sesuatu yang salah. Jadi, lebih baik saya tidak ulas panjang mengenainya .”  Bagaimana perkenalan ini bermula? “It all started when I met Tengku Jamidah and husband to talk about her fashion label, Thavia dan dari situ saya mula terdengar nama Tengku Adeq disebut-sebut. Sejujurnya waktu itu saya masih single dan tidak sangka semasa pertama kali bertentang mata dengannya di satu majlis sosial, frankly my hearts was pounding too hard! And the rest is history.”

See also
Parti Terhebat 2015

 

Pada usia perkenalan yang baru mencecah usia setahun sembilan bulan, Jue tampak selesa dengan Tengku Adeq. Keserasian mereka bersama bukan lagi rahsia. Di mata saya Jue membawa imej wanita ideal yang serba serbinya baik belaka. Tengku Adeq juga baik budi pekertinya, tidak pernah lekang dengan senyuman. Jikalau terserempak di majlis sosial, dia cukup disegani. Ditanya mengenai penerimaan keluarganya, Jue memberitahu. “Ibu dan ahli keluarga yang lain tidak pernah jemu mendoakan kebahagiaan kami. Sejak kali pertama Tengku Adeq bertemu ibu sewaktu hadir di majlis perkahwinan abang saya, mereka saling memuji dan mengenali antara satu sama lain. Tengku Adeq tahu menyesuaikan diri dengan orang baru, penyayang, suka berjenaka dan easy going. Begitu juga dengan keluarga di sebelahnya, Jue kerap kali bertemu ayahanda dan bonda Tengku Adeq dan mereka sangat baik serta banyak membantu Jue untuk memahami tertib dan nilai keluarganya.

 

Usik saya apakah Tengku Adeq sering memanjakannya dengan bunga dan coklat? Jue pantas menidakkannya. I’m not that kind of girl who craves a bouquet of flowers especially roses dan coklat. Saya seorang yang mudah, tidak fussy on details , cukup bawa saya makan di restoran dengan seleksi menu yang menarik dan merancang percutian di tepi pantai yang privasi, sempurna. Saya cuba mendasari perasaan hatinya dan dengan jujur dia menjawab. “Yes, We’re in love. Bersamanya saya bisa menjadi diri sendiri dan keserasian ini menguatkan lagi cinta kami.”  InsyaAllah nantikan perkhabaran yang gembira daripada kami nanti.” Kata Jue lagi menutup kisah romantiknya.

 

Dipetik daripada GLAM Malaysia Isu April 2017