Natasha Noor, Runway's Next Big Star

Natasha Noor, Runway’s Next Big Star

Kemenangan NATASHA NOOR di dalam pencarian GLAM Next Face telah mengangkat dirinya sebagai the new cool girl di lapangan fesyen tanah air!

 

Buat julung kalinya GLAM membuat pencarian GLAM Next Face dengan membawa amanah untuk menyerlahkan wajah-wajah segar fesyen bagi mewarnai lagi industri fesyen tanah air. Pencarian yang bermula sejak Oktober tahun lepas ini akhirnya telah menobatkan Nur Ira Md Noor atau dikenali sebagai Natasha Noor, 24, sebagai wajah yang paling layak untuk menyerikan industri fesyen kita. Dia adalah pemenang pertama untuk Cycle 1 kami! Mengapa gadis ini terpilih sebagai pemenang? Ya menurut para hakim dari sidang redaksi GLAM, yakni Pengarang majalah, Suzie Adnan, Timbalan Pengarang, Yana Baharuddin dan Pengarang Fesyen, Aizat Aidid, mereka dapat merasai getaran dari awal kemunculan Natasha Noor pada sesi uji bakat GLAM Next Face, this girl is ready to shine in the fashion industry!

 

Biarpun Natasha masih hijau dalam dunia peragaan, aura wanita muda ini bagaikan sudah tersebar dan dia bersedia untuk menyerlah dan menakluki dunia peragaan tanah air. Lihat sahaja helaian fashion spread GLAM yang dibintangi Natasha Noor. Riak wajah segar dengan nafas edgy yang dihembuskan gadis ini bagaikan menyatu dengan sesi fotografi yang berkonsep mewah lagi anggun. Sebaik bergelar pemenang GLAM Next Face, Natasha sudah beberapa kali diberi peluang menghiasi lembaran fesyen di majalah GLAM dan pada hari ini wanita bertuah ini dipilih pula untuk menjadi wajah GLAM menghiasi muka depan majalah bersempena meraikan isu model tempatan. Nampaknya tuah gadis ini tidak berhenti di sini sahaja. Natasha juga mendapat kontrak setahun bersama AndrewsModels, yakni satu agensi modelling yang gah dan cukup dikenali di negara ini. Ia adalah umpama batu loncatan buatnya untuk menapak pergi lebih jauh sebagai peragawati.

See also
Pesanan Mesej Ringkas Detik Permulaan Cinta Dayang Nur Atikah Dan Danny Lim

 

Ogos lalu empunya diri ini pertama kalinya mengatur langkah melewati pentas peragaan KLFW (Kuala Lumpur Fashion Week) acara pertunjukan fesyen yang berprestij di tanah air. Natasha tersenyum bangga saat bercerita mengenai pengalamannya sepanjang seminggu di pentas KLFW. “Alhamdullilah semuanya berjalan lancar. Bohonglahlah kalau saya kata saya tidak gemuruh sewaktu pertama kali mahu melangkah. Tetapi setelah berjalan untuk beberapa show saya seakan mendapat keyakinan dan roh energetik bagaikan mengalir di dalam diri. Saya seronok apabila melewati pentas peragaan dengan membawa karakter identiti diri saya yang tersendiri. Rasa gentar perlahan-lahan menghilang dan kini saya berasa yakin untuk melangkah dan bersedia untuk pergi lebih jauh. Saya bersyukur diberi kesempatan ini,” jelasnya.

 

Pelajar jurusan International Business dari Universiti MSU ini kini sedang menjalani latihan praktikal di Sri Medan Holding Sdn.Bhd dalam bidang development and marketing. Waktu bekerjanya dari jam sembilan pagi hingga enam petang. Rutin selepas kerja lazimnya dia akan makan malam bersama teman-teman dan jika ada kelapangan dia akan ke gimnasium untuk efek tubuh yang lebih toned. “Saya suka makan, tapi badan susah nak naik. Saya berharap mungkin dengan workout yang betul I can get my dream body! Kehidupan saya sama sahaja tiada apa yang luar biasa, cuma apabila sudah kerja ini, barulah saya faham bagaimana penatnya kerja di pejabat. Hujung minggu saya biasanya akan memasak dan meluangkan masa dengan kucing saya, yes I am a cat lover! Dan tentunya saya akan habiskan waktu berkualiti bersama keluarga kecil saya.”

 

CATWALK GURU Tidak seperti model-model tempatan yang lain yang mana pada awal karier modelling mereka mendapat tentangan hebat daripada keluarga kerana tidak bersetuju anak mereka memilih peragawati sebagai karier, Natasha akui dia bernasib baik kerana mendapat sokongan padu daripada keluarga terutama ibunya. Ibunya, Norita Abu Bakar dahulunya adalah salah seorang model dan pernah juga memiliki catwalk studio. Oleh kerana itu ibu menjadi insan yang amat memahami dirinya dan menyokongnya memilih dunia peragaan sebagai satu karier yang serius. Membesar dengan melihat ibunya sebagai model dan menjadi catwalk guru telah menumbuhkan minat dan kecintaannya pada bidang ini dan hatinya turut berdetik mahu menjadi peragawati. Tetapi katanya pada waktu itu perasaan itu tidak begitu menebal, kerana citacitanya dari kecil adalah untuk menjadi peguam. “Ya dulu masa kecil-kecil saya selalu berangan mahu jadi peguam! Tetapi pada masa yang sama minat pada dunia fesyen begitu subur. Waktu sekolah dulu mengumpul majalah fesyen memang menjadi minat saya, and GLAM is my favourite fashion magazine. Setiap kali menyelak majalah GLAM, terdetik di hati ini, “seronoknya, kalau dapat masuk dalam GLAM, so I can wear luxury designer clothes and accessories!” Alhamdulillah hari ini macam mimpi rasanya kerana apa yang saya angankan dulu menjadi kenyataan! Agaknya saya tak sesuai jadi peguamlah!” Ujarnya sambil berseloroh.

See also
Gincu Rona Hitam Ilham Giles

 

Peragawati yang semakin bersinar ini istimewa orangnya kerana dia bisa bertutur dalam bahasa Mandarin kerana bersekolah di Sekolah Cina. Natasha menganggap itu adalah kelebihan buat dirinya apabila dapat menguasai tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin. Saya merisik trademark fesyen peribadi anak sulung daripada dua beradik ini. Natasha selesa dengan fesyen model off duty look kala di balik lensa. Kerana bagi Natasha, karier modellingnya memerlukan dia menyarungkan helaian mewah daripada pereka-pereka. Jadi di luar waktu kerja dia mahu beristirahat dengan mengenakan helaian yang santai dan selesa untuk dipakai. Natasha memberitahu dia mendapat inspirasi fesyen daripada tempat yang dilawati dan adakala muzik turut mempengaruhi fesyennya. Bagi Natasha, muzik dan kembara menjadi terapi pada dirinya lebih-lebih lagi kala stress melanda. Mengikutnya oleh kerana perwatakannya agak lasak, fesyen bercirikan edgy menepati cita rasa jiwanya. Natasha mengangkat Tuti Noor, Atikah Karim dan Rita Suraya sebagai ikon dalam bidang peragawati. Baginya tiga supermodel itu lebih dekat untuk dijadikan inspirasi kerana mereka berada pada era yang sama. “Sesekali itu jika kami lepak bersama, saya akan mendapatkan tip daripada mereka bagaimana mengharungi dunia peragawati ini. Daripada pengalaman yang dikongsi mereka saya mendapat kekuatan baru dan sekaligus menambahkan lagi keyakinan diri dengan pemilihan karier sebagai peragawati,” jelasnya lagi yang turut meminati model-model antarabangsa seperti Jourdan Dunn, Bella Hadid, Chanel Iman dan Kendall Jenner.

See also
Rihanna Is Officially Back In The Market!

 

Ditanya apa perancangan wanita muda yang berasal daripada Kuala Lumpur ini, dia menghela nafas panjang. “Saya kini masih dalam kontrak bersama AndrewsModels, dan kontrak saya bakal berakhir April tahun depan. Buat masa sekarang saya masih belum buat sebarang keputusan sama ada untuk meneruskan kontrak atau mencuba nasib di agensi peragawati di luar negara. Jujur saya kata, saya tidak sabar untuk melebarkan sayap saya dalam bidang peragawati dan bercita-cita untuk membawa dunia peragaan Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi. Doakan kejayaan saya ya! Dan saya ucapkan all the best untuk peserta yang akan menyertai GLAM Next Face Cycle 2 nanti”.

 

Dipetik daripada GLAM Malaysia Isu Oktober 2017