Serum Mawar Dengan Kuasa Pemutihan Tinggi

Serum Mawar Dengan Kuasa Pemutihan Tinggi

Teks: Yana Baharudin

Gambar : Dior

Christian Dior membongkar satu lagi penemuan terbaharu menerusi estrak bunga mawar Granville yang menjanjikan kecerahan berganda menerusi Dior Prestige Light-In-White La Solution Lumière. Yana Baharudin mengikuti kembara Dior Skincare Scientific Summit 2018 di Shanghai untuk mengetahui lebih dalam. 

Menurut kajian, bunga mawar adalah bunga yang hidup 35 juta tahun dahulu dan lebih 36 ribu jenis bunga ros dijumpai di serata dunia. Mempunyai sifat ketahanan yang tinggi, kaya khasiat serta mempunyai agen aroma yang cukup kuat, ia antara bunga yang banyak diformulasikan dalam produk kecantikan serta menjadi bahan dalam semburan mewah. Tidak terkecuali buat jenama Christian Dior. Bunga ros bagaikan sudah menjadi darah daging buat mendiang Christian Dior terutama dalam penciptaan karyanya. Menyuntik bentuk dan lekuk kelopak bunga mawar, cetakan dan perincian yang sudah cukup sinonim terutama dalam penghasilan adibusana Dior. Bunga yang menghidupkan kuasa cinta ibunya turut mengalir dalam diri mendiang Christian Dior waktu itu. Malah, aroma bunga ini juga dihidu setiap kali angin laut menderu lalu menghembus aroma mawar yang tumbuh liar di tebing rumah agam Grandville.

See also
Rahsia Kejelitaan Lima Aktres Korea Popular

Bunga mawar Dior mempunyai kualiti yang cukup tinggi. Tumbuh liar tanpa campuran baja buatan ini menjadikan ia lebih unik. Angin, tanah, garam serta kualiti air tanpa pencemaran ini di kaji selama tujuh keturunan bagi memastikan ia selamat digunakan sebagai bahan utama rangkaian Dior Prestige. Bagi memelihara krafnya juga, penelitian terhadap setiap proses pembiakan serta pengambilan estraknya cukup rapi. Dalam sehari, Cuma satu jam sahaja waktu yang paling sesuai buat menuai kelopak segar ini yakni diantara jam sebelas pagi. Proses saringan juga harus dibuat dengan penuh teliti agar setiap titisan estrak lebih bermutu tinggi.

Kajian selama hampir 10 tahun menghasilkan serum putih yang likat namun teksturnya yang lembut buat aplikasi yang mudah membantu merawat kulit daripada dalam. Setiap lapisan sel kulit diperbaiki bukan sahaja daripada penjelmaan semula bintik hitam malah kandungannya melepaskan agen yang dapat mengesan molekul yang menghalang kulit daripada terhidrat, rosak, anti oksida langsung melepaskan bahan anti bakteria. Serum ini turut memfokuskan pada pembebasan bintik hitam lantas mengurangkan pigmentasi. Apabila permukaan kulit lebih terjaga tanpa kusam ia serta merta mengurangkan akumulasi melanin pada kulit wajah sekaligus melambatkan pigmentasi dan pemakaian krim yang berterusan dapat mengurangkan rangsangan memori bintik hitam pada kulit wajah. Kulit serta merta menyimpan sel memori pencerahan dengan lebih lama.

See also
Lea Seydoux Bintangi Kempen Wangian Pertama Louis Vuitton

 

1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse