Rentas Benua Antartika Untuk Ramuan Terbaik - Glam Malaysia
Rentas Benua Antartika Untuk Ramuan Terbaik

Rentas Benua Antartika Untuk Ramuan Terbaik

Demi ramuan terbaik Kiehl’s tampilkan produk ikoniknya dalam meningkatkan kelembapan kulit pada tahap maksima. Tiada lagi masalah kulit terlalu kering atau berminyak.

Sesiapa sahaja yang memandang serius akan penjagaan kulit, pasti selalu mencari produk penjagaan kulit yang baru untuk mengubah atau meningkatkan permainan penjagaan kulit. Dengan pilihan yang tidak berkesudahan, Kiehl’s jenama terkenal dari kota New York ini telah mengeluarkan semula dua produk paling laris mereka dengan formula baru, menjanjikan keberkesanan yang sama buat jenis kulit yang berbeza.

KIEHL’S ULTRA FACIAL CREAM, RM132 (50ML)/ RM80 (28ML) DAN KIEHL’S ULTRA FACIAL OIL-FREE GEL CREAM, RM132 (50ML)

“If there is only one thing you do for your skin, it’s moisturize.”

Pesanan khas dari Pengarah Saintifik Kiehl’s, Dr. Nancy Ilaya

Pelembap nombor satu dari Kiehl’s iaitu Ultra Facial Cream, adalah produk ikonik daripada Kiehl’s yang telah dilancarkan di sekitar tahun 2005, kini diperbaharui dengan formula ultra-penghidratan yang mampu memberi serta mengunci kelembapan buat kulit. Tekstur krim ini kaya bak sutera menyerlahkan kesempurnaan kulit sambil memberikan penghidratan selama 24 jam. Antara rumusan aktif dalam produk ini adalah Squalane dan Glikoprotein glasial yang berasal dari zaitun. Krim ini khas buat kulit wajah yang kering, dan diuji secara klinikal untuk memperbaiki dan menguatkan penghalang kelembapan, permukaan kulit terasa lebih lembut, licin, dan kelihatan lebih sihat. Setelah beberapa kali penggunaan, kulit akan rasa lebih segar tanpa rasa melekit atau berminyak.

See also
Tiga Produk Baharu Untuk Wajah Anda
Kiehl’s memperkenalkan Ultra Facial Oil-Free Gel Cream. Merupakan krim jenis gel yang bebas minyak, dirumus khas buat jenis kulit wajah yang berminyak atau kombinasi

Selain dari masalah kulit kering, Kiehl’s kini memperkenalkan Ultra Facial Oil-Free Gel Cream. Merupakan krim jenis gel yang bebas minyak, dirumus khas buat jenis kulit wajah yang berminyak atau kombinasi. Dahulunya dilancarkan pada tahun 2013, tetapi kini dengan formulasi yang baharu. Krim ini diasaskan bebas dari alkohol, mempunyai tekstur gel yang menyejukkan, seiring dengan teknologi masa kini. Ramuan utama berfungsi untuk mengurangkan penampakkan sebum berlebihan pada kulit. Ia juga menyerap pantas, memberikan penghidratan penting dan pengurangan sinaran pada kulit jenis berminyak atau kombinasi dalam tempoh yang lama. Walaupun dalam keadaan panas, atau persekitaran yang tercemar. Antara campuran ramuan inovatif digunakan di dalam produk ini adalah Glacial Glycoprotein yang berasal dari glasier laut Antartika, serta Asid Amino Mikronisasi baru. Sesuai buat sesiapa yang ingin memberi perhatian penuh terhadap masalah dehidrasi.

Pautan berkaitan Hidrasi Kulit Matang