Tampil segar dan menawan setiap kali anda keluar rumah seperti selebriti dengan lima helah solekan dari GLAM.
Berani untuk Mencuba Gaya Baru
Penggunaan pembayang mata tona tanah sememangnya langkah yang selamat namun jika diulangi rutin yang sama, lama-kelamaan wajah anda akan nampak sama sahaja. Cuba ubah gaya anda dengan menggunakan rona lebih berani seperti biru atau hijau. Mulakan dengan warna yang lembut. Gaya ini pasti akan membuatkan wajah anda tampak lebih menawan.
Pelembap Sebelum Bedak Asas
Sentiasa ingat untuk memakai krim pelembap sebelum bedak asas. Jika anda memakai bedak asas terlebih dahulu maka intipati pelembap akan diserap ke dalam bedak asas dan menyebabkan kedutan dan tompok kering semakin menyerlah pada wajah anda.
Tutup Cela dengan Concealer, Bukan Bedak Asas.
Jangan tutup masalah kulit wajah anda dengan bedak asas kerana bedak asas akan menyerlahkan lagi masalah kulit berkenaan daripada menyembunyikannya.
Kurangkan Penggunaan Bedak Bila Usia Meningkat
Bila usia semakin meningkat, cuba untuk kurangkan penggunaan bedak pada wajah kerana bedak biasanya melekap pada kedutan lantas membuatkan wajah tampak tua.
Oleskan Sedikit Glos pada Tengah Bibir Bawah
Helah ini akan membuatkan bibir anda tampak penuh. Elakkan rona gincu gelap kerana boleh buat bibir anda tampak kecil.
Sumber: Jelita
Artikel Berkaitan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Serie...
Trend Cantik: Rouge Coco Hydra Gloss
Jadikan Solekan Anda Lebih Sempurna Dengan Alat Solek Yang T...
Ini Produk Yang Menukar Peluh Menjadi Dewy Glow
Brown Mascara Menjadi Pilihan Baharu Pencinta Kecantikan
Rahsia Kulit Camera Ready Dengan Dior Forever
Pilihan Bacaan Seterusnya
Besar, Praktikal Dan Chic, Ini 7 Tas Tangan Carry All Yang Wajar Dimiliki
Buntu Merancang Temu Janji? Ini 5 Date Idea Unik Yang Boleh Dicuba
Chanel Menganyam Kisah Dongeng Buat Koleksi Fall Winter 2026 Haute Couture
Made In Malaysia: Jenama Lokal Pilihan Generasi Baharu
Lambaian Skarf Penuh Karisma Celine
Sukar Tidur Yang Lena? Ini Ritual Malam Yang Patut Anda Amalkan
Kesan Magis Sheet Mask Sebelum Tidur Yang Wajib Anda Tahu
Trend Cantik: Clé de Peau Beauté Brightening Supreme Series
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM.

