2 Herba Ini Petua Rambut Tumbuh Lebat
Sempena merai inisiatif GLAM Projek Hijau, GLAM memilih rawatan TwoHerbs sebagai rawatan petua rambut lebat untuk dicuba. Rawatan ini menggunakan bahan tradisional mendokong usaha mencapai kelestarian bersama.
Apatah lagi bila rawatan ini dirasai kala menjelang musim perayaan yang di nanti semua. Setelah sebulan berlapar dan bertarung dahaga, tiba masanya untuk menyambut Syawal bersama keluarga.
Pastinya nanti anda sibuk bersiap sebelum datangnya Hari Raya. Ditambah tekanan untuk melengkapkan segala-galanya termasuklah menyesuaikan diri dengan datelines, membeli-belah dan menyediakan rumah untuk menyambut hari yang mulia.
Walaupun budaya menyambut perayaan menggambarkan musim perayaan sebagai masa untuk bergembira, namuh bagi sesetengah antara kita ia agak bertentangan. Dengan segala kesulitan hidup, perasaan sedih dan sunyi mewujudkan tekanan emosi yang agak serius. Oleh yang demikian, menyambut perayaan juga sering dikaitkan dengan peningkatan risiko serangan jantung mungkin disebabkan oleh tekanan tahunan dan tekanan emosi.
Benarkah tekanan perasaan menghalang rambut tumbuh lebat?
Walaupun secara umum diketahui bahawa tekanan meletakkan orang berisiko untuk pelbagai masalah kesihatan, tidak ramai yang menyedari bahawa tekanan juga menyebabkan keguguran rambut. Tekanan dikaitkan dengan sejenis keguguran rambut yang dipanggil telogen effluvium, yang boleh mengganggu kitaran pertumbuhan semula jadi rambut anda. Ini boleh menjejaskan garis rambut anda, menyebabkan rambut nipis dan tompok rambut gugur.
Pautan berkaitan: Khasiat Bumi Kunyit Rawat Masalah Kulit

Rehatkan diri anda ke salun untuk memanjakan diri, dan serahkan kesihatan kulit kepala anda kepada yang mahir! Pakar di TwoHerbs menggunakan campuran khas 100 peratus rawatan rambut gugur dari ramuan herba Cina dan Ayurveda. Gabungan kedua-dua herba ini memberikan kulit kepala anda peluang untuk pulih sekaligus menyelesaikan masalah kulit kepala anda dengan lebih cekap berbanding menggunakan hanya satu jenis herba sahaja.
Selain daripada rawatan rambut gugur, TwoHerbs juga menyediakan rawatan pupur rambut untuk memastikan kesihatan kulit kepala anda kekal optimum. Pilih daripada rangkaian yang menyasarkan keadaan kulit kepala yang berbeza iaitu daripada rawatan anti-kelemumur kepada kulit kepala yang kering dan mengelupas. Apabila pes rawatan sejuk dirawat pada kulit kepala, ia memberi ketenangan dan santai. Tekanan daripada persediaan perayaan akan menjadi perkara terakhir berada di fikiran anda.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Dialog Cantik: Nazurah Husna, Haneesya Hanee & Nalisa Alia Amin
Jun 08, 2026
Ekspresi Kreatif Pangrok Sulap Bersama Rip Curl Malaysia
Jun 08, 2026
Bella Astillah Hargai Bahagia Yang Sederhana
Jun 06, 2026
Destinasi Perkahwinan Sekitar Malaysia Buat Hari Bahagiamu
Jun 05, 2026
Tahan Peluh & Wangi Lama, Ini Wangain Mewah Untuk Ke Konsert
Jun 05, 2026
GLAM Weddings: Mario Ho & Ming Xi
Jun 05, 2026
Solekan Selalu Bercapuk? Mungkin Ini Salahnya!
Jun 04, 2026
