Pat McGrath Dan Taylor Swift Dalam Video Muzik “Bejeweled” - Page 3 of 4 - Glam Malaysia
Pat McGrath Rumus Solekan Taylor Swift Dalam Video Muzik “Bejewelled”

Pat McGrath Dan Taylor Swift Dalam Video Muzik “Bejeweled”

3 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Solekan Buat si House Wench Taylor

Bukan itu sahaja, Pat turut muncul sebagai cameo di dalam muzik video “Bejeweled” itu, we totally love it! Bercakap tentang solekan, boleh dilihat di dalam klip tersebut, Taylor menggayakan beberapa beauty looks berbeza namun dengan satu tema yang sama, ‘kemilau permata”.

Memegang karakter “House Wench Taylor” (inspirasi watak Cinderella, kisah dongeng tradisional), Taylor pada awalnya muncul dengan solekan polos, “no makeup” makeup sewaktu di dalam lif. Kemudian muncul dengan solekan cat-eye rona biru smoky dengan paduan kemilau pada bahagian sudut dalam mata. 

Seterusnya, Taylor tampil dengan solekan penuh glamor inspirasi era 20-an. Menyarung gincu bibir rona merah menyala dengan tataan batu nilam pada bahagian sudut dalam mata. Kali ini, Dita Von Teese muncul menemani beliau dalam babak ini. 

Akhir sekali, Taylor muncul dengan solekan penuh batu permata menghiasi matanya dan sewaktu ini Pat McGrath turut muncul sebagai cameo, memegang watak Ratu yang duduk menonton persembahan Taylor waktu itu.

See also
Pemberian Taylor Swift Buat Rakan Selebriti Yang Menimang Cahaya Mata

Bejeweled