Izara Aishah Lancarkan Rangkaian Mekap! - Glam Malaysia

Izara Aishah Lancarkan Rangkaian Mekap!

 

 

Pelakon dan jelitawan tanah air, Izara Aishah meluaskan sayapnya —  beliau sedang membina sebuah empayar mekap. Izara baru sahaja melancarkan rangkaian jenama mekap, yang dinamakan Madame Izara.

 

 

Ia didatangkan dalam bentuk gincu dan lip liner sahaja, buat masa ini. Setiap satu set beharga RM88, dan ia mengandungi sebatang gincu berkemasan matte, sebatang lip liner dan pengasah buat lip liner.

 

 

Warna yang ditawarkan buat masa ini sudahpun mampu membuat si pemakai berasa seperti puteri raja — Harith iaitu warna blush nude dan Luth, yang menjadi rona gincu signatur Izara Aishah, merah saga di samping Noah, iaitu warna merah jambu pekat, bagi mereka yang inginkan feel ala Barbie!

 

Permulaan yang baik buat Izara — kami tidak sabar akan apa lagi yang bakal dikeluarkan oleh jenama yang dinanti-nanti ramai ini pada masa hadapan! Untuk maklumat lanjut, layari Instagram atau lawan web Madame Izara!

See also
Gadis Front Row di Minggu Fesyen